Dalam posting yang lepas saya berkongsi dengan pembaca tentang persediaan untuk berhenti kerja.Dan kali ini saya hendak kongsikan tanda-tanda yang anda memang kena berhenti kerja.
Setiap kali mengenangkan tentang kerja ,anda akan terasa sedikit stress atau pun hilang rasa seronok dan tidak bersemangat.Lebih-lebih lagi ia akan terjadi pada setiap kali ketika anda ingin ke tempat kerja.Ikutkan hati memang rasa nak berhenti,tapi apakan daya.Itu saja pilihan yang ada.Jika perkara itu yang sering anda rasakan nampaknya anda kena lakukan sesuatu .Cuba semak lima petanda berikut ,mana tahu yang sebenarnya anda memang harus kena berubah angin untuk menukar pekerjaan baru yang sesuai dengan jiwa anda.Jom kita periksa sama-sama:-
1.Malas untuk bangun pagi
-Keadaan ini menyebabkan anda selalu saja mencipta alasan untuk sampai lambat kerana seboleh-bolehnya anda tak mau berada lama di tempat kerja anda.
2.Selalu tak sihat.
-Walaupun sakit yang dihadapi tu taklah seteruk manapun,namun itu adalah antara alasan yang sering digunakan untuk mintak cuti sakit.Ini pengalaman sebenar dari saya.dulu saya sering gunakan alasan ni untuk mintak ''MC' .
3.Kerja tak selaras dengan matlamat hidup.
-Jika dahulu anda bercita-cita ingin bekerja dalam bidang lain dan sesuai dengan kelayakan yang anda miliki.Tiba-tiba atas desakan hidup anda terpaksa bekerja dalam bidang yang bukan anda impikan.Ini membuatkan anda rasa tidak bersemangat dan tiada fokus pada kerja.
4.Rakan sekerja tidak sebulu.
-Orang disekeliling anda kebanyakannya tak sebulu dengan anda dan sering membuat perkara yang menyakitkan hati.Bos pula tidak pernah hendak mendengar permasalahan anda.
5.Tiada budaya kerja.
-Tempat kerja yang tiada disiplin.Kira main suka hati nak buat apa .dan ketua sering memberi kerja pada orang yang bukan sepatutnya.
Untuk menyelesaikan permasalahan diatas,anda seharusnya membuat satu keputusan dan memilih pekerjaan yang serasi dengan diri anda,kerana ini akan melibatkan masa depan anda.Mari kita buat analisis dengan menjawab soalan-soalan berikut dengan jujur....
soalan 1.
Apakah Kerjaya Impian Anda?
Kerjaya impian bukan semestinya untuk mendapat gaji yang lumayan.Tapi bila kita dapat melakukan sesuatu kerja dengan rasa tenang dan dapat memberikan kepuasan dan keselesaan.
soalan 2.
Anda gagal kerana pilihan sendiri,apakah yang anda buat selepas itu?
Sesetengah orang takut untuk mencuba bidang baru.Sebenarnya kita perlu keluar dari ''zon selesa'' untuk mendapatkan sesuatu yang kita impikan.Sedangkan jika anda tahu kegagalan itu disebabkan oleh pilihan yang salah,sudah tentu anda tahu apa yang anda ingin lakukan selepas itu.Kegagalan pilihan itu sepatutnya dapat menbantu anda untuk tampil dengan lebih berjaya.
soalan 3.
Adakah kerjaya anda berkaitan kebahagiaan,wang atau kedua-duanya?
Anda harus tahu sebab anda ingin bertukar kerja atau merasakan kerja yang dibuat sekarang tidak sesuai bagi anda.Jika disebabkan oleh gaji,selaraskan objektif kerja anda seterusnya kearah itu.Jika anda berminat untuk mencari kerja yang dapat memberi kepuasan dan wang tidak menjadi keutamaan ,jadi carilah kerja yang dapat memuaskan hati anda.
Juga terdapat banyak kerjaya yang boleh memberikan anda kedua-duanya.Cuba cari dan serlahkan potensi diri anda sebaik mungkin.Jangan jadikan kerja sebagai beban.kerja adalah ibadah.perlu ikhlas dan jujur .Jika sesuai teruskan dan jika sebaliknya cuba cari peluang lain.