Paya Indah,Wetlands Banting.

paya indah

Aktiviti hujung minggu.Lokasi pilihan kali ni saya pilih  di Paya Indah,Wetlands Banting kerana masuk percuma.Lagipun kat sini orang tak berapa ramai.Jadi memang rasa tenang bila berada kat sini.Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Paya indah ,Wetlands ni bagi yang belum pernah datang,kita boleh tengok Burung anak-anak mesti suka,Jungle Tracking,Naik basikal-terpulang samaada nak sewa ataupun bawak basikal sendiri,bagi yang minat dengan photography boleh ambik macam-macam gambar pemandangan menarik kat sini,setiap hari pada pukul 10 pagi sehingga 10.30 pagi ada sesi pratonton bagi hippo makan dan pada setiap sabtu dan ahad sesi bagi makan buaya pada pukul 11 pagi hingga 11.30 pagi.Selain dari itu kita juga boleh membuat aktiviti  memancing dan bermain kayak.bergantung pada pihak pengurusan.

Paya Indah,Wetlands

Paya Indah,Wetland ni dibuka setiap hari dari jam 7.30 pagi sehingga 7 petang.
Bagi yang rasa nak bermalam pun boleh,ada chalet ,asrama dan tapak perkhemahan disediakan,harganya pun berpatutan .untuk info boleh tanya sendiri pada pihak pengurusan,sebab saya belum pernah lagi bermalam disini.

Paya Indah,Wetlands yang terletak km 4 Jalan Banting - Dengkil ,Selangor .
tel:03-87688726 / 87687616
email : piw@wildlife.gov.my

kanak-kanak riang.

Paya IndahWetlands
tasik buaya


Buaya tengah marah,kata penjaga yang bertugas buaya ni bertelur jadi dia takut orang ambik telur dia.jarak pagar agak rendah,jadi bila buaya melompat sedikit berkemungkinan akan kena ngappp...so,sila berhati-hati.sebab masa kitaorang datang memang dah ada sign board amaran kat tepi pagar ni.Dalam kolam ni dianggarkan ada lebih dari 300 ekor buaya.


Pondok kancil yang kami sekeluarga booking,bersebelahan dengan tasik teratai dan yang penting dekat dengan tandas yang nampak  kat belakang tu tandas..haha.masa untuk makan sebelum memulakan aktiviti seterusnya.

Paya Indah Wetlands

Paya Indah Wetlands
hippo tengah berenang.

Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan,tapi saya sempat nak snap gambar sebab semput kayuh basikal.Almaklumlah 10 tahun tak sekali kayuh basikal.Saya sarankan kepada yang berminat dengan aktiviti cycling sila bawak basikal sendiri.basikal yang ada di wetland  ni banyak yang dah uzur.jadi bila riding pun kita boleh ikut uzur sekali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...