Ramai yang berpendapat lelaki berperut buncit seksi ataupun ada juga yang menggelarnya ia simbol seorang bagi lelaki.Pendapat saya ia adalah sesuatu yang menyeksakan dan bebanan.Sebenarnya golongan lelaki yang berperut buncit ini sebenarnya cepat mengah apabila melakukan pelbagai
aktiviti.Terutamanya apabila berjalan pada jarak yang jauh.
Jadi langkah pencegahan harus diambil sebelum ia boleh menimbulkan lebih banyak masalah kesihatan yang lain.Terpulang samaada ingin menggunakan produk-produk yang banyak terdapat dipasaran ataupun dengan cara sendiri.
Saya sendiri sebelum ini menggunakan produk HerbaLife .Saya ambil pada tahun 2010 ,memang nampak kesan yang ketara,daripada berat saya 82 kg boleh boleh turun sehingga 75 kg dalam masa sebulan.Masa tu perut buncit saya dah 60% susut.Tapi disebabkan tiada disiplin dan malas nak konsisten berat badan dan perut buncit kembali semula.
Apa yang saya nak kongsikan disini adalah cara untuk kita sama-sama mengempiskan perut ..opss (bagi yang perut buncit sahaja yer).
Makan dengan perlahan.
Makan dengan sopan santun,kunyah 40 kali ikut sunnah Nabi kita.bagi perut tu senang nak hadamkan makanan.Saya sendiri kalau makan tak sampai 5 minit dah settle...kunyah 2 -3 kali terus telan.Lepas ni kena tukar tabiat tu....
Makan Ikut masa.
Jika kita makan ikut masa ,masalah lapar tidak akan wujud.masa yang disarankan oleh pakar kesihatan untuk
sarapan pagi dari 6:30 pagi hingga 8:30 pagi.
Makan tengahari dari 12:30 sehingga 2:30 petang.
Dan untuk
makan malam dari pukul 6:30 petang sehingga 8:30 malam.
Ini adalah waktu-waktu yang ideal untuk kita makan dan sangat sesuai bagi yang nak berdiet.Elakkan berlapar,sebab bila perut lapar kita mungkin akan mengambil makanan pada jumlah yang banyak.Kumur dengan kopi.
Jika boleh sebelum makan berkumur dulu dengan kopi pahit.Sebab dengan cara ini tekak akan menjadi pahit dan terus menghantar isyarat ke otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL ( kekurangan kedua benda tersebut boleh menyebabkan ketidak cekapan penghadaman).
Jangan lupa sarapan.
Mereka yang tidak sarapan lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang bersarapan.Kenapa pulak?Sebab dengan bersarapan ia boleh menstabilkan horman dan paras gula dalam darah .Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori .Jadi ,pastikan sarapan diambil setiap pagi.
Minum banyak air.
Air kosong tau,bukan air bergula.Ini kerana air kosong mampu mengurangkan selera makan secara semulajadi dan membantu badan memetabolismekan simpanan lemak didalam badan.Sebelum makan makanan yang berat cuba minum air kosong dahulu,sekurang-kurangnya segelas air.Cuba amalkan.
Elakkan minuman bergas.
Minuman bergas mengandungi paras gula yang tinggi sehingga tujuh hingga lapan sudu gula bagi setiap hidangan.Tak minum pun takpa kot...yang penting sihat.
Kurangkan garam.
Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penakungan air dalam badan .Dengan mengurangkan pengambilannya boleh mengurangkan takungan air dan seterusnya boleh menurunkan berat badan.Cuma digalakkan sebelum makan ambil sedikit garam dan diletakkan di hujung lidah (ini sunnah Nabi kita ).
Bersenam.
Ini yang paling penting dan paling susah untuk diamalkan kebanyakkan kita ,termasuk saya sendiri.sekurang-kurangnya seminggu sekali ,kalau nak lagi bagus setiap tiga hari.
In shaa ALLAH dengan mengamalkan panduan-panduan diatas secara kerap ,pasti dapat hasilnya.Perut buncit hilang badan pun sihat.