Cuti sekolah! Apa yang perlu dibuat oleh IbuBapa.

Cuti sekolah adalah waktu yang paling dinanti-nantikan oleh anak-anak kita.Lebih-lebih lagi cuti hujung tahun kerana mereka bercuti hampir sebulan setengah.Saat begini pasti akan membuatkan segelintir ibubapa merasa sedikit tertekan kerana anak-anak pasti akan merasa bosan jika tidak dibawa bercuti ke tempat percutian.
cuti sekolah



Bagi ibubapa yang sudah ada peruntukan wang dan cuti mungkin tidak menghadapi masalah.Tetapi bagi yang tiada persediaan pasti akan merasai satu tekanan yang besar, ini kerana anak-anak dirumah sentiasa ternanti-nanti sedangkan ibubapa bekerja seperti biasa.
Perancangan awal amat penting sekali, bagi pendapat saya seeloknya buat plan sebulan sebelum cuti bagi menyusun jadual anak-anak pada musim cuti panjang sekolah.Aktiviti tidak semestinya dengan pergi bercuti, banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan.Antaranya , hantar mereka pulang kekampung untuk menemani atuk dan nenek ataupun hantar mereka ke kelas-kelas kemahiran atau ke kem-kem motivasi.

Sekurang-kurangnya anak-anak kita tidak akan merasa bosan dan dapat melatih mereka dari segi rohani dan jasmani , mental dan fizikal.
Jangan sekali-kali membiarkan waktu cuti mereka habis begitu sahaja.Ini pasti akan membuatkan mereka kurang yakin dengan keluarga mereka sendiri sebab terlalu bosan dirumah.
Walau sibuk macamanapun jangan abaikan waktu cuti anak-anak, kerana mereka akan mengingatinya sampai bila-bila.Jangan biarkan mereka sendiri yang merancang waktu kerana dibimbangi mereka akan terlibat dengan gejala-gejala sosial yang negatif.
"Jangan rosakkan mood gembira anak-anak dengan timbunan kerja anda yang tak pernah selesai , walaupun dah 20 tahun bekerja.
Saya doakan semoga anda semua dapat membahagiakan keluarga masing-masing dengan penuh kasih sayang.In shaa Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...