Dalam keadaan cuaca panas ni,dapat mandi sungai mesti best kan.Aku rasa dah lama tak pergi Ulu Yam,bila anak sedara aku beritahu cutu raya cina ni moh kita ke sana (ulu yam).Aku pun set la.apa lagi kan.
Seperti yang dirancang,destinasi yang dituju adalah Restu Ibu Resort Kg Ulu Kalong,Ulu Yam Bharu.Tempat ni aku tak pernah pergi lagi,tengok kat internet macam best.Untuk pengetahuan korang,tempat ni sering digunakan untuk kem bina semangat dan kem motivasi oleh sekolah-sekolah dan syarikat-syarikat.Boleh menampung sehingga 100 orang lebih kurang pada satu-satu masa.
