Berkelah di Restu Ibu Resort Kg Ulu Kalong,Ulu Yam Bharu.

Berkelah di Restu Ibu Resort Kg Ulu Kalong,Ulu Yam Bharu.

Dalam keadaan cuaca panas ni,dapat mandi sungai mesti best kan.Aku rasa dah lama tak pergi Ulu Yam,bila anak sedara aku beritahu cutu raya cina ni moh kita ke sana (ulu yam).Aku pun set la.apa lagi kan.

Seperti yang dirancang,destinasi yang dituju adalah Restu Ibu Resort Kg Ulu Kalong,Ulu Yam Bharu.Tempat ni aku tak pernah pergi lagi,tengok kat internet macam best.Untuk pengetahuan korang,tempat ni sering digunakan untuk kem bina semangat dan kem motivasi oleh sekolah-sekolah dan syarikat-syarikat.Boleh menampung sehingga 100 orang lebih kurang pada satu-satu masa.

parking Restu Ibu Resort

Kawasan parking yang terhad,kalau nak kesini elok  datang awal dan kalau rasa nak sewa pondok atau nak guna tempat untuk sebarang aktiviti booking dulu bagi mengelakkan penuh.Kalau datang nak mandi sahaja dan tak nak sewa pondok atau khemah tak perlu bayar apa-apa,cuma perlu bayar parking RM5.

pondok murah

Antara pondok-pondok yang disediakan untuk para pengunjung.Sewa sekitar RM50 hingga RM80 sehari.

carta harga
Papan kenyataan untuk pakej-pakej harga di Restu Ibu Resort.

Berkelah di Restu Ibu Resort Kg Ulu Kalong,Ulu Yam Bharu.
mandi manda di restu ibu resort

Kalau dah namanya budak,sampai-sampai terus masuk air.Macam dah lama tak mandi jer....sebenarnya bapaknya pun tak sabar juga,tapi kena relak-relak dulu,bagi isi perut dulu baru mandi.

teratak restu ibu

Kami landing kat sini,sebab tempat lain dah full book,Jadi untuk yang ini special sikit sebab harga lebih mahal dan tempat luas,sesuai untuk kami yang ramai ni.Sewa pondok ini sekitar RM100 hingga RM150 sehari.Nama pondok ni Teratak Restu Ibu.

makan-makan
abang-abang sado
Masing-masing nak jadi abang sado yang tak berapa nak sado...haha

tempat bbq
bbq terbaik di ulu yam

Sebelum mandi,kita mulakan dulu aktiviti BBQ,Mula-mula bakar ayam,kambing bakar last sekali.Sebab apa?kita bagi diaorang kenyang makan ayam,nanti kambing kurang permintaan.hihi.
Sudahnya aku pun tak makan kambing BBQ tu sebab perut dah kenyang.APTB.

sponsor by adabi
sponsor by adabi
tukang masak profesional

Chef Shidee tengah buat persediaan untuk masak mee goreng dan nasi goreng.Bahan-bahan di TAJA oleh ADABI (bersih dan asli).Memang clear la makanan tu,masing-masing lepas mandi perut dah lapar kan.

mandi manda di restu ibu resort
masa untuk bersukaria

Mandi sungai layan anak-anak,aku rasa memang dah lama sangat tak mandi sungai.Bagi aku lokasi ni memang sesuai bagi mahukan suasana damai dan tenang,Keadaan memang best,orang tak da ramai sangat,Kira privacy sikit dari pergi yang kat tempat lain.Cuma kat sini air kurang dalam.

Memang tak boleh nak berenang,untuk anak-anak kecil memang selamat.Tak perlu nak risau sangat.Air paras-paras lutut.

santai bersama anak-anak
kesejukan dalam air

Walaupun kesejukan anak aku ni tetap mandi juga.Dah tak peduli dengan keadaan sekeliling.Air yang sejuk bukan penghalang untuk berendam lama.

aktiviti restu ibu resort
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di Restu Ibu Resort.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...