Showing posts with label CARA MELABUR. Show all posts
Showing posts with label CARA MELABUR. Show all posts

Wang & Kesihatan

Minggu lepas saya melawat seorang pak cik saya dalam lingkungan umur 60-an yang menghidap beberapa penyakit. Katanya, sebulan, perbelanjaan untuk ubat dan rawatan setiap bulan sahaja adalah dalam RM500-RM600, yang ditanggung menggunakan duit pencennya. Katanya pula, ada kawannya yang lebih teruk lagi! 

Menjaga kesihatan hari ini dapat menjimatkan beribu atau berpuluh ribu ringgit satu hari nanti. Pemakanan yang tidak sihat bukan sahaja merugi kan wang secara langsung, tetapi juga boleh menimbulkan masalah-masalah kesihatan lain yang memakan perbelanjaan perubatan yang tinggi di masa hadapan. Terlebih garam boleh mengakibatkan darah tinggi manakala terlebih gula boleh mengakibatkan diabetes. Pemakanan yang seimbang adalah kuncinya. Banyakkan memakan sayur-sayuran serta buah-buahan. Organik, adalah terbaik!


Lakukan senaman dengan kerap. Penyelidikan Cleveland State University, ada menjumpai bahawa, mereka yang kerap bersenam mempunyai pendapatan yang lebih tinggi daripada mereka yang tidak lakukan senaman. Menurut kajian ini, merkea yang bersenam 3 kali seminggu menjana pendapatan 10% lebih daripada mereka yang tidak bersenam. 

Ini kerana, mereka yang bersenam pastinya mempunyai semangat, momentum, dan motivasi yang lebih tinggi dan memberi kerja yang lebih produktif. Satu lagi alasan mengapa kita perlu keluar dan lakukan senaman hari ini!

Mengubah kesihatan diri bermula dengan mengubah tabiat diri. Sekiranya anda merokok, pastinya anda tahu kos merokok adalah amat tinggi, bukan sahaja pada kotaknya, tetapi juga kos kesihatan jangka panjang. Perokok tegar mungkin membelanjakan RM30 seminggu, iaitu dalam lingkungan RM120 sebulan. Melaburkan RM120 sebulan pada pulangan 12% akan menjadi lebih RM118,000 dalam masa 20 tahun. Tidak pula dikira kos merawat penyakit akibat rokok setiap tahun yang menjangkau berbilion RM.

Jangan lupa juga mengambil insurans kesihatan. Malang tidak berbau, dan walaupun melakukan senaman dan menjaga kesihatan, adakalanya penyakit tetap hadir. Sebagai langkah berjaga-jaga serta merupakan strategi kewangan yang baik, dapatkan insurans kesihatan dalam meringankan beban kewangan sekiranya terdapat penyakit yang datang.

Kini, bukannya untuk kita memilih antara wang ataupun kesihatan yang lebih penting. Keduanya adalah penting di zaman ini. 

Artikel ini adalah ekstrak dari Majalah Metro, Harian Metro setiap hari Jumaat- jangan lepaskan kolum bersama Irfan Khairi!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WANG untuk ANAK

Sebaiknya, didikan wang perlu diberikan kepada si kecil pada umur yang awal. Lebih awal, lebih baik. Tidak semestinya perlu menunggu mereka memasuki bangku sekolah ataupun apabila mereka bersedia membuka akaun bank sendiri baru soal kewangan dibincangkan. Topik mengenai wang dan kerja boleh disampaikan kepada si kecil dalam pelbagai cara.

Sebagai contoh, aktiviti harian seperti pergi membeli belah adalah peluang mendidik anak kita membandingkan harga.  Mengeluarkan wang dari mesin ATM juga merupakan peluang untuk menjelaskan bahawa wang tidak datang secara otomatik dari sebuah mesin, tetapi perlu bekerja atau berniaga untuk mendapatkannya. Menderma juga merupakan peluang untuk mengajar anak tentang pentingnya memberi wang untuk membantu orang lain. Jadikan aktiviti yang melibatkan wang ketika bersama anak sebagai aktiviti mendidik mereka tentang wang. Ilmu kewangan yang dikutip sedikit demi sedikit ini akan membantu mereka memahami soal wang dengan lebih jelas apabila membesar.



 
Apabila si kecil membesar, salah satu pengajaran yang amat penting untuk diterapkan adalah perlunya kerja untuk mendapatkan wang. Ini akan mengajar mereka tanggungjawab dan menjelaskan hubungan antara bekerja untuk mendapatkan wang. Bekerja untuk wang boleh bermula dari rumah seperti bantu basuh kereta ayah. Penting juga untuk mereka faham wang upah yang diberikan untuk apa sahaja kerja perlu disimpan sebahagian daripadanya dan bukan dibelanjakan sehingga habis. Satu konsep yang ramai antara orang dewasa masih sukar melakukan mungkin kerana tidak didedahkan sejak kecil
.
Sememangnya kita inginkan yang terbaik untuk anak kita ketika membesar namun adakalanya untuk kita biarkan mereka melakukan juga kesilapan dalam kewangan, seperti mana guru yang terbaik adalah melakukan kesilapan. 

Pengalaman itu akan mengajar mereka untuk memperbaiki diri sendiri dalam perihal kewangan. Kesilapan kewangan yang dilakukan ketika kecil akan membantu mereka melakukan kesilapan yang lebih besar apabila mereka layak menggunakan kad kredit kelak!
Sedih apabila melihat berita bahawa ramai antara muda-mudi hari ini perlu diisytiharkan muflis akibat penggunaan kad kredit dan juga pinjaman bank yang tidak bijak. Walaupun umur di awal 20-an pelbagai masalah kewangan melanda. Di manakah puncanya masalah ini? Besar kemungkinan adalah ilmu kewangan yang bijak tidak dipupuk sejak kecil lagi bermula dari rumah.

 Artikel ini adalah ekstrak artikel Irfan Khairi di Harian Metro, sisipan Majalah Metro, setiap Jumaat. Jangan lepaskannya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ciri-ciri Unit Amanah Islam

Ciri utama yang membezakan pengurusan dana Islam daripada pelaburan konvensional ialah pematuhannya kepada undang-undang Syariah. Dana-dana Islam mesti mematuhi aktiviti ekonomi yang patuh Syariah dan melabur hanya dalam syarikat-syarikat yang memenuhi kehendak Syariah. Di samping itu, dana-dana Islam tidak boleh melabur dalam bank-bank konvensional yang menawarkan produk dengan kadar faedah tetap tetapi boleh melabur dalam sekuriti Islam dan institusi kewangan Islam. Dana-dana Islam juga mesti menghindari daripada membuat pelaburan dalam syarikat-syarikat yang terlibat dalam produk-produk yang dilarang oleh undang-undang Islam seperti arak, tembakau, daging khinzir, perjudian dan pornografi.

Setelah menyingkirkan syarikat-syarikat dengan aktiviti perniagaan utama yang tidak mematuhi keperluan Syariah, penyaring kuantitatif, dalam bentuk nisbah kewangan, digunakan untuk memastikan syarikat patuh Syariah menjanakan pendapatannya dengan sumber kewangan yang mencukupi dan tanpa hutang yang berlebihan. Selain itu, dana Islam hanya boleh bergiat dalam pengumpilan melalui penggunaan instrumen kewangan Islam dan tidak boleh mendapatkan atau menyediakan pinjaman konvensional mahupun melabur dalam produk-produk berfaedah konvensional, termasuk sekuriti hutang konvensional. Tunai yang dipegang oleh sesuatu dana hanya boleh dilaburkan dalam produk pelaburan jangka pendek patuh Syariah, misalnya instrumen pasaran wang.

Penerangan ringkas tentang ciri-ciri Unit Amanah Islam Dengan pelaburan konvensional ,saya harap ia dapat memberikan sedikitpanduan dan pengetahuan untuk kita semua.

Marilah kita ambil peluang untuk melabur dalam dana-dana yg patuh syariah.mencari yg halal itu fardu bagi umat islam.

Untuk panduan dan bimbingan selanjutnya anda boleh menghubungi saya :-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PELABURAN UNIT TRUST / UNIT AMANAH.

 

Ketahui kaedah pelaburan unit trust / unit amanah bersama saya secara ''live''...atau pun anda boleh beli ebook penerangan penuh tentang pelaburan unit trust ini dengan klik banner diatas...

Pelaburan unit amanah adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang .sekurang2nya 5 thn dan keatas.
awas !!! ini bukan pelaburan skim cepat kaya.

Kita lihat apa kata mereka tentang pelaburan unit trust:-


"Inilah yang saya cari-cari selama ini! Setelah menghabiskan banyak masa dan wang untuk melabur dalam pelaburan-pelaburan yang tidak menguntungkan, baru sekarang saya sedar bahawa saya telah tersilap dan perlu mengambil peluang yang terbuka ini untuk melabur dalam pasaran unit trust di Malaysia. Dengan ebook ini, ia telah dapat merubah kehidupan saya menjadi lebih bermakna!"

Nazirah Yusuff, 38 tahun,
Kuala Lumpur


"Saya berasa amat gembira apabila berpeluang buat pertama kalinya membaca isi kandungan ebook ini. Memang betul! Ia mengandungi segala maklumat pelaburan unit trust yang saya inginkan selama ini. Walaupun saya hanyalah seorang juruaudit, tetapi maklumat ini sangat saya perlukan untuk melabur dalam industri unit trust. Kini saya benar-benar yakin untuk melabur dalam pelaburan unit trust!"

Ahmad Muzaffar bin Hashim, 44 tahun,
Seremban, Negeri Sembilan


"Tip-tip dan panduan di dalam ebook ini bukan sahaja membuka mata saya dalam bidang pelaburan unit trust, tetapi memang seronok untuk dibaca dan mudah difahami di dalam Bahasa Melayu sahaja."

Mohd Sharif bin Abdul Rahim, 41 tahun,
Temerloh, Pahang


"Ebook Jana Wang dengan Unit Trust" ini amat sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin menjana wang mereka. Ia amat bersesuaian dengan situasi pasaran masa kini dan revelan untuk kegunaan rakyat Malaysia. Tambahan pula ia adalah pelaburan yang sah disisi undang-undang. Saya berharap bagi sesiapa sahaja yang ingin menceburi pelaburan unit trust, dapatkan ebook yang amat berguna ini!"

Rashidah Mohd Razali, 35 tahun,
Johor


 sekiranya anda berminat untuk mengetahui tentang produk unit trust atau unit amanah boleh menghubungi saya untuk bantuan pelaburan.atau anda boleh beli ebook ini dahulu dengan klik  disini .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aplikasikan Dollar Cost Averaging dalam pelaburan

Jom fahami apa itu konsep Dollar Cost Averaging dlm pelaburan adakah efektif atau tidak....mari kita buat sedikit homework samaada perlaksanaan nya membuahkan hasil utk kita semua...

“Sepanjang pemerhatian saya selama 60 tahun ini di Wall Street, orang tidak berjaya meramalkan apa yang akan terjadi dalam pasaran saham.”– Benjamin Graham, pengarang “The Intelligent Investor”

Melabur akan menjadi begitu mudah kalaulah kita boleh meramalkan bilakah masa terbaik untuk membeli atau menjual. Walau bagaimanapun, meramalkan masa yang sesuai untuk melabur dalam pasaran adalah mustahil dan ramai yang telah mengalami kerugian besar kerana mencubanya dan gagal. Salah satu cara untuk mengharungi naik turun pasaran saham yang sentiasa berlaku ini ialah dengan menggunakan kaedah pemurataan kos ringgit. Kaedah ini memastikan kita mendapat faedah daripada pulangan sejarah yang mantap yang ditunjukkan dalam jangka panjang dan melindung nilai kesan kemerosotan dan sedikit aliran menurun dalam jangka pendek.
Pemurataan kos Ringgit merupakan satu teknik pelaburan yang bertujuan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko yang berkaitan dengan membuat satu pembelian tunggal yang besar dengan melaburkan jumlah tetap dalam pelaburan tertentu (misalnya, unit amanah) pada selang masa yang tetap (sama ada bulanan atau suku tahunan), tanpa menghiraukan harga unitnya.
Sebagai contoh, anda boleh memilih untuk memindahkan RM500 hingga RM1,000 daripada gaji anda kepada dana unit amanah ataupun anda boleh membuat pelaburan sebanyak RM1,500 atau RM3,000 setiap suku tahun. Jumlah dan kekerapan pelaburan anda bergantung pada sumber kewangan dan matlamat masa depan anda.

Bagaimana Pemurataan Kos Dolar Berfungsi

 





Keputusan
Kos Purata Seunit                                   RM0.1923
Harga Unit pada Disember                 RM0.2510
Nilai Pelaburan pada Disember        RM15,664.48
Dalam contoh ini, dengan menggunakan kaedah pemurataan kos ringgit, kos purata seunit yang dilaburkan hanyalah RM0.1923, dan bukannya RM0.2549 jika pelabur melaburkan jumlah sekali gus pada bulan Januari.
Jika anda melabur kesemua RM12,000 anda pada bulan Januari, jumlah unit yang diperolehi adalah 47,077.29 dengan kos seunit adalah RM0.2549, berbanding menggunakan teknik pemurataan kos ringgit, unit yang diperolehi adalah 62,408.28 dan kos purata seunit adalah RM0.1923. Ini menyebabkan kesan turun naik dalam jangka masa pendek menjadi kurang.


Strategi Pelaburan Jangka Panjang
“Disiplin adalah kunci kejayaan untuk pelabur jangka panjang. Dia tidak boleh jatuh ke dalam perangkap menguruskan pemegangannya berpandukan tajuk berita akhbar, petikan, ramalan tanpa menggunakan fikiran, gerak hati atau keputusan tempoh yang lepas.”– Frank Armstrong, pengarang “The Informed Investor.”
Walau berapa pun jumlah wang yang dilaburkan, pemurataan kos dolar adalah strategi jangka panjang. Meskipun pasaran kewangan cenderung untuk turun naik, namun ia selalunya bergerak dalam arah yang sama dalam tempoh masa yang agak panjang. Pasaran turun dan pasaran naik boleh berlanjutan selama berbulan-bulan, bahkan adakalanya bertahun-tahun. Disebabkan arah aliran ini, pemurataan kos dolar tidak akan cukup berkesan jika digunakan untuk jangka pendek sahaja.
Sebagai contohnya, pelabur mungkin memilih untuk membuat 10 pembelian dana unit amanah dalam sebulan. Walaupun kemungkinan besar harga belian unit tidak akan sama bagi setiap urus niaga dalam tempoh masa yang pendek itu, namun perbezaannya tidaklah besar.
Namun begitu, dalam tempoh kitaran pasaran yang lebih panjang, anda mungkin akan menempuh pasaran naik dan pasaran turun, dengan harga sekuriti tertentu mengalami perubahan yang besar. Pemurataan kos dolar akan menolong memastikan kos purata seunit anda mewakili kedua-dua premium pasaran naik dan diskaun pasaran turun, berbanding dengan hanya premium yang biasanya dibayar oleh pelabur dalam pasaran naik.

Petua untuk Anda Bermula


“Mereka yang menyertai program pelaburan akan mempunyai lebih banyak wang apabila mereka bersara daripada mereka yang tidak menyertainya langsung.”- Penulis kewangan Australia, Noel Whittaker.
Cara yang mudah dan berkesan untuk para pelabur mengaplikasikan teknik ini adalah dengan melabur menggunakan Direct Debit Instruction (DDI) atau Standing Instruction (SI) melalui bank dimana satu jumlah tetap akan dipindahkan secara automatik daripada akaun simpanan atau akaun wang gaji anda dikreditkan setiap bulan ke akaun dana pelaburan.
Syarat utama untuk menggunakan teknik ini adalah anda perlu melabur secara tunai paling kurang RM1000. Jumlah minimum pindahan automatik (DDI) adalah RM100.
Kaedah ini memastikan pelabur melabur secara konsisten dalam suatu tempoh masa. Ini adalah salah satu cara yang baik untuk menyemai sifat menabung yang berterusan, justeru membina kekayaan.
Jika anda berminat dengan pemurataan kos dolar, berikut ialah beberapa petua untuk menolong anda menjadikan strategi ini bermanfaat kepada anda:
  • Bermula secepat mungkin. Semakin lama anda perlu mengharungi turun naik pasaran, semakin banyak peluang yang anda ada untuk membina akaun yang besar.
  • Terus menggunakannya. Pemurataan kos dolar adalah strategi jangka panjang. Pastikan anda mempunyai sumber kewangan dan disiplin untuk melabur secara berterusan dalam segala jenis pasaran, tanpa menghiraukan turun naik harga.
  • Ambil kesempatan ke atas potongan automatik. Caruman pelaburan secara potongan gaji atau potongan akaun bank anda merupakan kaedah yang mudah dan senang untuk melabur, dan boleh menolong anda menanamkan tabiat melabur secara tetap.
  • Bersedia menghadapi kerugian. Pemurataan kos dolar tidak menjamin bahawa portfolio anda sentiasa untung sahaja dan tiada kerugian. Walaupun anda membayar kos purata yang lebih rendah daripada harga purata unit, anda masih boleh mengalami kerugian jika anda memilih masa yang tidak sesuai untuk keluar dari pasaran, terutamanya ketika harga rendah.
Membina kekayaan dengan melabur dalam unit amanah adalah lebih kepada soal kesabaran dan kegigihan daripada soal kemahiran pelaburan dan nasib. Keputusan besar yang mesti dibuat ialah sama ada anda sanggup melepaskan kepuasan serta-merta untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang anda. Jika anda sanggup, maka pemurataan kos dolar boleh menjadi cara yang sangat berkesan untuk menolong anda mencapai matlamat anda itu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The secret of investing in Unit Trust

There are 3 common strategies used in unit trust investment.

1. Ringgit Cost Averaging

Regularly invest a fix amount in a unit trust fund regardless of market trend is called the Ringgit Cost Averaging strategy. The actual market performance is fluctuating. When the equity market is high, you buy less unit with the same amount. When the market is low, you buy more unit. For long term, you will get much more unit in the lower price range.

2. Portfolio Re-balancing

Portfolio re-balancing is the process of bringing the different asset classes back into proper relationship following a significant change in one or more. More simply stated, it is returning your portfolio to the proper mix of stocks, bonds and cash when they no longer conform to your plan.
Example:
You start investing 50% in equity and 50% in fixed income fund.
1 year later, the equity rises and now your portfolio consist of 80% equity and 20% fixed income fund.
To re-balance your portfolio, you should sell 30% of your total fund in equity and invest it in fixed income fund so that the portfolio is maintained.
This is the simple principle of buying low, and selling high.
If you are investing with Fundsupermart, you can easily do fund switching of your unit trust portfolio by logging into your account online. There are no switching fees involved and you can switch between different unit trust companies.

3. Switching

Switching will lock in the gain you made in your unit trust investment. Switching fees are low and definitely lower than the upfront service charge. When you are making profit from an equity fund, you can switch it to some lower risk fund to lock the gain instead of selling it for cash. When the market turn low, you can switch it back to equity fund.


Read More http://kclau.com/investment/the-secret-of-investing-in-unit-trust/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RANCANG PELABURAN ANDA

Sebelum melabur, anda perlu mengenalpasti matlamat kewangan anda. Pelaburan adalah berbeza dengan simpanan. Pelaburan yang bijak merupakan hasil daripada perancangan yang terperinci dalam memahami keadaan pasaran.

Berikut adalah panduan yang boleh anda gunakan untuk melabur:


LANGKAH 1-TAHU MENGAPA ANDA HENDAK MELABUR

Sebelum anda melabur, anda perlu tahu tujuan pelaburan anda, iaitu matlamat dan objektif kewangan anda. Matlamat kewangan anda mungkin untuk
-membeli kereta, rumah, membiayai pengajian anak, pergi bercuti atau merancang persaraan yang selesa.

Ramai yang melabur untuk:
-Mengekal atau memelihara kuasa beli bagi jumlah wang pokok yang dilaburkan
-Mendapat pendapatan daripada pelaburan anda
-Meningkatkan nilai aset bersih anda

Anda boleh mencapai matlamat anda dengan melabur simpanan anda berdasarkan jangka masa apabila matlamat kewangan anda boleh dicapai.

LANGKAH 2-TAHU ISU UTAMA YANG PERLU DI AMBIL KIRA APABILA MELABUR

Memandangkan pelaburan ialah komitmen jangka panjang, anda perlu mengambil kira kemampuan dan keupayaan anda untuk melabur sebelum anda membuat pelaburan. Antara isu utama yang perlu dipertimbangkan adalah seperti yang berikut:

*Berapa banyakkah wang yang anda punyai untuk komitmen jangka sederhana dan panjang?
*Adakah anda benar-benar memahami produk yang anda hendak laburkan?
*Adakah pelaburan yang dirancang bersesuaian dengan portfolio keseluruhan anda?
*Sudahkah anda membandingkan pulangan bagi pelaburan lain yang sama?
*Adakah anda memahami risiko yang terbabit dan adakah anda tahu tahap kerugian yang boleh anda tanggung? (iaitu berapa banyakkah perubahan harga/nilai pelaburan yang anda boleh tanggung)
*Apakah jangkaan anda terhadap pulangan daripada pelaburan anda? (iaitu berapa banyakkah pulangan yang akan memuaskan anda)
Berapa lamakah tempoh pelaburan anda? (sebagai contoh, 5 tahun, 10 tahun, dsb.)
*Bagaimanakah anda boleh memantau prestasi pelaburan anda secara berterusan berbanding dengan keperluan anda yang berubah-ubah?

LANGKAH 3-TAHU STRATEGI DAN KONSEP MELABUR

*Kepelbagaian
Kepelbagaian merupakan cara yang berkesan untuk meminimumkan risiko dan melindungi anda daripada volatiliti dalam sesuatu kelas aset atau industri. Jenis pelaburan yang berbeza terdedah kepada tahap risiko yang berbeza dan dengan kepelbagaian, kerugian dalam sesetengah pelaburan boleh diimbangi oleh perolehan pelaburan lain.

*Nilai masa wang
Lebih awal anda melabur, lebih besar pulangan atas nilai wang anda. Carta di bawah menunjukkan bagaimana pelaburan sebanyak RM1,000 pada kadar pulangan yang berbeza akan berkembang dalam tempoh 40 tahun.













*Impak Inflasi dan Cukai
Walaupun anda memperoleh pulangan daripada pelaburan, nilai sebenar pelaburan anda mungkin berkurangan disebabkan oleh kesan inflasi. Oleh itu, anda perlu melabur dalam aset yang membolehkan anda mendapat pulangan terbaik sesudah mengambil kira kesan pencukaian dan inflasi dalam jangka panjang.

*Memaksimumkan Pulangan
Masa yang diperlukan untuk menggandakan wang anda boleh dikira dengan menggunakan Peraturan 72. Sila rujuk formula di bawah untuk mengira:


72 / kadar faedah yang diterima = Masa yang diperlukan untuk menggandakan

pelaburan


Sekiranya pulangan yang dikira tidak memuaskan, anda boleh mempertimbangkan pilihan lain yang memberi kadar pulangan yang lebih tinggi.

*Pemurataan Kos Ringgit (Ringgit Cost Averaging)
Satu teknik yang diamalkan dengan meluas dalam industri amanah saham, ia melibatkan pelaburan jumlah yang tetap untuk tempoh yang khusus seperti bulanan, suku tahunan, atau tahunan tanpa mengambil kira bagaimana pasaran saham bergerak.

*Hubungan Risiko Dengan Pulangan
Terdapat banyak instrumen pelaburan dalam pasaran dan masing-masing mempunyai tahap risiko dan jangkaan pulangan yang berbeza. Sesetengah jenis pelaburan (seperti simpanan bon) bersifat "lebih selamat" berbanding dengan pelaburan yang lain. Ini bermaksud bahawa pelaburan asal anda kekal tetapi kadar pulangannya mungkin lebih rendah.Sebaliknya, pelaburan yang menjanjikan pulangan yang lebih tinggi (seperti dana amanah saham ekuiti atau saham) juga mempunyai risiko yang lebih tinggi.










*Memahami Risiko
Risiko ialah satu penunjuk jangkaan mengenai potensi keuntungan atau kerugian yang berkaitan dengan pelaburan yang merentangi masa. Jika anda menjangka akan meraih keuntungan yang tinggi dalam tempoh yang singkat, risiko yang ditanggung adalah tinggi. Walau bagaimanapun, jika anda memilih pelaburan jangka panjang, tahap risiko yang ditanggung adalah lebih rendah. Semakin panjang tempoh masa pelaburan, variasi dan volatiliti pulangan cenderung untuk menjadi lebih rendah.

LANGKAH 4-TAHU PELABURAN MANA YANG SESUAI UNTUK ANDA

Setiap aset adalah unik dan mempunyai profil risiko pulangan yang berbeza yang membolehkan anda melabur untuk mencapai matlamat kewangan yang berbeza. Graf di bawah menunjukkan risiko dan pulangan bagi beberapa jenis instrumen pelaburan.

Potensi Pulangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...