Sindiket peminta sedekah

Semalam ketika aku memandu ke arah Klang,Aku dapat melihat susuk tubuh seorang lelaki tua dalam lingkungan usia 70 an kira warga emas.Jarak Lebih kurang 5 kereta di depan kiri dan kanan aku,lelaki tua tu bergerak dari satu kereta ke satu kereta menjual barang yang aku rasa dari 10 buah kereta yang dia pergi cuma 2 atau 3 buah kereta sahaja yang membuka tingkap dan menghulurkan sedikit wang kepada lelaki tua tersebut,sedangkan barang yang dijualnya satu pun tidak terjual.Terdetik rasa kesian aku melihat keadaan itu.Cuaca bukannya redup masa tu,panas terik,aku yang kat dalam kereta pun kepanasan walaupun aircond terpasang pada level 3.
Sindiket peminta sedekah

Dalam hati aku terdetik,dari mana datangnya lelaki tua ini,sebab ini bukan kali pertama aku melihatnya.Seolah-olah mereka bergerak dalam satu kumpulan.Gambar ini aku SNAP masa aku kat traffic light Sri Andalas,Klang bersebelahan dengan Hospital  Bersalin Razif yang popular tu.Sebelum ni aku pernah nampak kumpulan lelaki ini di Traffic Light Kesas Highway di susur keluar ke Banting dan Klang dan pada masa yang sama ada 2 orang lagi di arah bertentangan.Dan di kawasan Sungai Buloh .Dah jadi macam satu trend aku tengok.Menjual barang di kawasan lampu isyarat,motif sebenar aku rasa nak raih simpati orang ramai biar bagi duit,sebab tu kebanyakannya orang-orang tua yang aku rasa warga asing.Masalahnya ,Siapa yang membawa mereka kesitu.Pernah aku terbaca satu amaran di laman sosial Facebook penduduk Johan Setia kalau tak silap,supaya memerhatikan gerak geri kumpulan ini yang di syaki sebagai satu sindiket peminta sedekah.
Sindiket peminta sedekah
Kalau la betul mereka ini merupakan satu sindiket,kesian aku tengok sanggup mereka menggunakan orang-orang tua ni sebagai alat untuk kepentingan diri semata-mata.Kalau betul nak kaya kan ke banyak peluang yang ada,tingkatkan usaha.Carilah rezeki yang halal dan di berkati oleh Allah swt.Aku harap semoga kumpulan sindikit ni dapat dihapuskan oleh pihak berkuasa tempatan.Dan aku juga berharap pada pihak-pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan rapi terhadap masalah ini.Cuma satu pesan aku pada orang ramai diluar sana,jangan pulak korang marah-marah atau pandang hina pada mereka ini,tapi pandang hina pada orang-orang yang menggunakan mereka-mereka ini.Kalau rasa nak bagi,boleh bagi tapi niat kena betul-betul ikhlas,tapi kalau was-was atau kurang yakin baik sedekahkan pada yang lain.Semoga masalah ini segera di atasi oleh pihak yang berwajib. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...