Persediaan awal Kembali ke sekolah

Cepat betul masa berlalu,rupanya cuti sekolah dah tinggal lebih kurang dua minggu saja  lagi.Bagi ibu bapa yang masih belum membuat persediaan persekolahan saya rasa dah boleh mula buat persediaan dari sekarang.Tak perlu nak tunggu last minute , nanti kelam kabut dibuatnya.Kalau anak seorang mungkin tak berapa masalah.Cuba bayangkan yang anak empat hingga lima orang sekaligus .Pening kepala nak melayan karenah anak-anak.macam-macam ragam ada.Dah macam astro pulak, macam-macam ada.Mungkin ramai yang dah mula mencari keperluan masing-masing dan mungkin ada yang dah ready lagi awal .Bagus .Tindakan yang bijak.
Disebabkan  nak mengelakkan perkara-perkara tersebut dari berlaku, harini saya dah mula cari apa yang patut untuk anak-anak.Cari apa yang perlu saja, mana yang masih boleh digunakan , saya suruh anak saya gunakan dulu.Kena berjimat sikit.Jangan membazir.

Tengah sibuk memilih barang keperluan masing-masing

"Ayah ! adik pun nak jugak" si kecik ni pun tak lepaskan peluang untuk turut serta dalam ini cerita.


"yeay...dapat kasut!!.....


"Abang jer sorang beli kasut!!kakak pun nak jugak" muka dah badmood .kakak baru enam tahun.so,tak perlu beli kasut.masih sekolah tadika pun.Datang kelas pakai selipar jer.tahun lagi satu boleh la beli.Baru satu macam ragam.

Saya rasa sejak dari awal bulan 12 lagi ,banyak premis dah mula buat jualan untuk persediaan ke sekolah,macam-macam tawaran harga yang diberikan.Sebagai pengguna dan pembeli kita kena bijak membeli,jangan main tangkap muat saja,bijak berbelanja poket pasti akan terurus dengan baik.Jangan membeli ikutkan nafsu bandingkan harga dan kualiti dahulu.Selamat bershopping semua.
Saya sudah buat Persediaan awal kembali kesekolah,anda bila lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...