Top Memperkenalkan Konsep Kebersihan Menyeluruh untuk Pembersih Pakaian - Innovation For Better Living.

TOP anti-malodour

TOP merupakan jenama detergen  pakaian no 1 di Malaysia.Ia telah menguasai konsep kehidupan bersih menyeluruh  ke arah kebersihan ,keselesaan dan kesejahteraan yang lebih baik.

Untuk itu,TOP telah pun memulakan kempen kesedaran bagi mendidik pengguna tentang perbandingan antara cucian yang kelihatan bersih dan bersih menyeluruh.Berdasarkan keupayaan teknologi LION Corporation Japan,TOP mampu menangani isu-isu kebersihan dan meningkatkan nilai kehidupan harian pengguna melangkaui pembersihan kotoran yang kelihatan dan sekaligus menghapuskan kotoran yang tidak kelihatan seperti bakteria,sebum dan protein yang merupakan punca bau,alahan dan juga punca penyebab penyakit berjangkit.

Pelancaran rasmi TOP Hygienically Clean-Innovation For Better Living
Pelancaran rasmi TOP Hygienically Clean-Innovation For Better Living
Pelancaran rasmi TOP Hygienically Clean-Innovation For Better Living

Untuk pengetahuan umum TOP diuruskan oleh syarikat tempatan Sourthen Lion Sdn Bhd.Turut memperkenalkan Teknologi FreshCare yang mengandungi pewangi "Rich Lasting" untuk kesegaran berpanjangan,diperhebatkan lagi dengan pewangi mikrokapsul yang di aktifkan melalui geseran dan membebaskan haruman semerbak yang mampu memberikan haruman berkekalan sehingga 14 hari daripada hari cucian.Teknologi ini dirumuskan dalan varian 'Blooming Freshness' terbaru,Ia telah mendapat respon yang baik daripada pengguna.Kami semua turut terlibat untuk demo hasil cucian.

Sabun TOP MEMANG WANGI
Gosok-gosok dan cium,memang harum.

TOP adalah peneraju dalam menyediakan penyelesaian praktikal terhadap kesulitan semasa mencuci yang berkaitan  dengan perubahan gaya hidup seperti ruang yang terhad,cucian pada waktu malam dan pengeringan didalam rumah.Tiada lagi masalah bauan yang tidak enak pada hasil cucian.Nafas segar dan enak.Suasana jadi nyaman.

MODEL PENCUCI TOP

Jenama TOP telah berada di Malaysia sejak 11 tahun yang lepas dan ia telah mendapat perhatian yang baik dari pengguna di Malaysia.Sebab itu kini ia telah berjaya menjadi produk  detergen cucian no 1 di Malaysia.

Paling menarik sekali,TOP adalah detergen pencuci pakaian pertama yang telah memperkenalkan  teknologi anti-bau hapak di Malaysia pada tahun 2003.Dan pada tahun 2011 TOP memperkenalkan formulasi anti-debu hama yang terbukti berjaya menghapus 99.9% debu hama yang merupakan sumber alahan,dan terus mengungguli konsep kebersihan yang menyeluruh.

STOK PENCUCI TOP
Stok untuk 4 bulan dari TOP

Kebaikan yang ada di dalam Detergen TOP.
Ia mengandungi Methyl Ester Sulphontaes (MES),agen pembersih yang berasaskan tumbuhan,bersifat neutral karbon dan mudah terurai didalam air kumbahan.Ia mampu memberikan kuasa pembersihan berprestasi tinggi hanya dengan jumlah dos yang sedikit.

Detergen serbuk TOP boleh didapati dalam 4 varian iaitu Super Colour,Super Hygienic,Super White dan Blooming Freshness.
Detergen Cecair Pekat TOP pula,Fresh Tropicana,Blue Oceania,Colour Care and Anti-Bacteria.
TOP juga menawarkan detergen serbuk dan cecair untuk mesin basuh muatan depan,TOP Lite untuk kain halus dan Pelembut TOP Dayfresh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...