Hobi Baru Tanam Bunga .

bunga murah

Sebelum ni aku kalau tengok orang tanam bunga,aku akan kata rajinnya la orang tu.Niat nak tanam tu memang ada,disebabkan masa yang mencemburui aku,jadi aku biarkan saja la niat tu......Entah kenapa kelmarin selepas aku selesai buat delivery air limau nipis ,isteri aku ajak pergi tengok bunga kat Banting.Depan Hospital Banting tu ada satu kedai bunga murah.Orang kata,aku pun tak pasti.Bunga murah atau mahal tu nombor dua.Apa yang penting sekarang semangat untuk sampai ke kedai bunga tu.

Barang asas untuk tanam bunga
Jadi disebabkan ini kali pertama nak tanam bunga secara serius,Barang yang kena beli ,Pasu plastik untuk bunga gantung,Pasu seramik saiz sedang-sedang,tanah merah dan tanah bakar dua beg ,baja bunga dan bunga semestinya.

bunga murah
bunga murah

Okey selepas membuat proses membeli barang keperluan dan isteri aku dah cukup,kira setle la program beli barang tanam bunga ni.....masa untuk tanam bunga pulak.Ada orang kata kalau tangan sejuk tanam apa pun menjadi.Betul ke?Aku pun tak tau apa beza tangan sejuk dengan tangan panas.Bagi aku apa yang penting  dengan cara penanaman yang betul bunga tu akan ok.Tak kira la tangan panas ke sejuk.Yang paling penting sekali adalah dari segi siraman dan pemberian baja.

Siram satu hari sekali atau dua kali.Dan baja letak tiga biji pada setiap pasu untuk setiap dua minggu.Letak lebih takut bunga layu.Lebih tak boleh kurang apa lagi.memang layu-layuan bunga tu.Ada juga yang cakap kalau nak pokok bunga berbunga banyak,guna baja bunga nano.Cuma harganya lebih mahal sedikit dari baja bunga biasa.

bunga murah
Aku kalau korang tanya nama bunga memang fail,blur aku..haa...yang aku bunga ni dulu banyak ada kat rumah aku,cuma bunga ni dah dikacukkan tu yang daun dia lebar sedikit dari pokok yang asal.

bunga murah
bunga murah
Anak-anak pun turut menyibuk sekali yer.

bunga murah

Okey dah siap proses penanaman bunga.Aku bahagian transfer dari beg plastik ke pasu jer..Lepas ni bahagian penjagaan harian aku serahkan kat isteri aku jer.Tak kuasa aku aku nak jaga.haha...Rasa puas jugak bila dah siap.Buat permulaan ni aku beli empat jenis bunga untuk digantung dan 4 jenis untuk di tanam pada pasu bawah.Aku suka pilih bunga yang cantik dan mudah untuk dijaga jer.Dan yang lagi penting bunga murah.Kalau beli yang mahal tak cantik pun nak buat apa...biar murah asal cantik dan mudah dijaga.Betul tak? Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...