MUHAMMAD KAMAL ASYRAF DINOBATKAN JUARA CABARAN SHELL FUELSAVE 2014 DAN MEMBAWA PULANG HADIAH TUNAI RM20,000

MUHAMMAD KAMAL ASYRAF

Pada 18 oktober 2014 yang lepas,cabaran Shell FuelSave 2014 telah tamat secara rasmi.Kali ini,Muhammad Kamal Asyraf telah dinobatkan sebagai juara setelah berjaya mencatat jarak sejauh 20.64 km bagi seliter Shell FuelSave 95 di Pusingan Akhir.

Acara tahunan ini merupakan antara inisiatif Shell Malaysia untuk menyampaikan mesej berhubung mobiliti bijak kepada beribu-ribu pemandu di Malaysia,di samping menunjukkan kepada orang ramai betapa mudahnya mereka boleh meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api dengan membuat pilihan pemanduan dengan lebih bijak.
Cabaran ini merupakan kali yang ke enam diadakan  dan ia telah menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa penjimatan bahan api sebenarnya bukanlah sesuatu yang sukar seperti yang dibayangkan oleh mereka selama ini.Ia dapat dicapai menerusi pengamalan petua Shell FuelSave serta penggunaan bahan api Shell yang direka khusus untuk tahan lebih lama.

Dalam Pusingan Akhir yang telah di adakan di The Saujana Hotel,Muhammad Kamal yang juga merupakan pemenang wilayah Pantai Timur telah bertarung dengan tiga lagi pemenang wilayah yang lain dan akhirnya beliau telah dinobatkan sebagai juara selepas mengharungi perjalanan berjarak 90 km yang telah ditetapkan.ke empat-empat finalis telah mengamalkan tip pemanduan bijak yang di pelajari di cabaran wilayah dalam Pusingan Akhir dengan memandu kereta Hyundai-Inokom Elantra 1.6 Sport,Kereta rasmi Cabaran Shell FuelSave 2014 yang telah ditaja oleh Hyundai-Sime Darby Motors Sdn Bhd.

"saya teruja apabila diumumkan sebagai Juara Cabaran Shell FuelSave 2014.Bagi saya,cabaran ini sangat bermakna kerana telah menunjukkan kepada saya betapa senangnya untuk menjadi pemandu yang lebih bijak dan cekap.Kini ,saya sekeluarga mengamalkan  tips Shell FuelSave dan menggunakan bahan-bahan api Shell dalam pemanduan kami setiap hari''kata Muhammad Asyraf sambil tersenyum-senyum.

“Saya teruja apabila diumumkan sebagai pemenang Cabaran Shell FuelSave 2014. Bagi saya, cabaran ini sangat bermakna kerana telah menunjuk kepada saya berapa senangnya untuk menjadi pemandu yang lebih bijak dan cekap. Kini, saya sekeluarga mengamalkan Tips Shell FuelSave dan menggunakan bahan-bahan api Shell dalam pemanduan kami setiap hari,” kata Muhammad Asyraf  sambil tersenyum-senyum.

“Saya juga ingin menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk mengamalkan tabiat-tabiat memandu bijak ini yang boleh mempertingkatkan kecekapan bahan api, dan melihat dengan sendri sejauh manakah mereka boleh memandu dengan bahan api yang diisikan,” tambah Muhammad Asyraf. 

Cabaran yang bermatlamat mencari pemandu yang paling cekap ini bermula pada Julai tahun ini dengan cabaran wilayah di Johor dan diikuti dengan Penang,Kuala Lumpur dan akhirnya Kuantan.

Tuan Haji Azman pengarah urusan shell malaysia

Dalam ucapan beliau di acara tersebut Tuan Haji Azman,Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd berkata, ''Cabaran Shell FuelSave adalah antara agenda penting Shell yang memberi tumpuan kepada mobiliti bijak.Dengan ini,kami berpeluang membimbing para pemandu di Malaysia untuk menggalakkan perubahan yang mudah kepada tabiat memandu serta menggunakan bahan api yang bijak.Apatah lagi,inisiatif mobiliti bijak ini juga merupakan satu lagi usaha kami demi mengurangkan potendi impak terhadap alam sekitar."

Shell telah sekian lama menggerakkan usaha untuk mewujudkan masa depan yang mengutamakan kemampanan,komitmen iniboleh dilihat dari segi kegigihannya untuk membantu para pemandu menjadi lebih cekap menggunakan bahan api dengan membekalkan bahan-bahan api bermutu tinggi.Bahan-bahan api ini dihasilkan selepas kajian selama bertahun-tahun untuk menjamin kecekapannya,misalnya Shell FuelSave mengandungi ramuan Active Efficiency yang direka untuk meningkatkan kecekapan bahan api,enjin dan tenaga.

Selain itu,Tuan Haji Azman turut gembira kerana cabaran Shell Fuelsave tahun ini mendapat sambutan memberangsangkan dengan mencatat hampir 10,000 pendaftaran dari empat wilayah.

"Kami berasa teruja kerana ramai pemandu Malaysia menunjukkan minat mereka untuk mempelajari kecekapan bahan api,Semangat yang ditujukkan mereka di bengkel bergerak serta cabaran wilayah dapat dirasai.Mereka telah menguasai petua Shell Fuelsave dan telah mengambil inisiatif untuk menjadi pemandu yang lebih bijak menggunakan bahan api,"kata beliau.

Shell juga telah memperkenalkan Shell FuelSave Journey,satu aktiviti dilama web yang menyeronokkan demi menggiatkan lagi penglibatan para peserta.Menerusi aktiviti ini,mereka berpeluang memenangi pelbagai hadiah dan ganjaran yang ekslusif.Disamping itu,mereka dapat meningkatkan pengetahuan mereka dari segi kecekapan bahan api dengan menyertai pelbagai permainan interaktif di laman web yang menggalakan mereka membuat pilihan lebih cekap berhubung penggunaan bahan api serta mengamalkan petua Shell FuelSave.

Mengikut Tuan Haji Azman,Shell FuelSave Journey merupakan platform yang amat sesuai untuk menggalakkan para peserta meneruskan penglibatan mereka serta memberi peluang kepada kami untuk mendampingi generasi pemandu yang muda.

Shell FuelSave Journey turut mendapat sambutan hangat.Para peserta telah menyahut cabaran dengan menyempurnakan lebih 25,000 misi yang ditetapkan dan menghantar gambar-gambar serta video-video yang menarik berhubung pandangan serta tip mereka mengenai kecekapan bahan api.

"Menerusi platform ini,para peserta yang tidak terpilih untuk cabaran wilayah juga diberi peluang untuk mendalami ilmu mereka berhubung penjimatan bahan api.Oleh itu,mereka juga berpeluang mempelajari bagaimana membuat pilihan yang lebih bijak di jalanraya dan mengecapi manfaaat penjimatan bahan api,"tambah beliau.

Turut hadir di acara tersebut Duta ShellFuelsave,Fahrin Ahmad dan artis terkemuka tanah air,Lisa Surihani yang memberi sokongan moral serta bersorak bagi keempat-empat finalis.

fahrin ahmad dan lisa surihani
fahrin ahmad dan jaymiee dot com

"Semangat tinggi para peserta menandakan kejayaan acara kali ini.Saya berbangga kerana diberi peluang membabitkan diri dalam acara ini dan berkongsi petua Shell FuelSave serta pengalaman saya berkaitan penjimatan bahan api dengan  semua peserta .Sebagai Duta Shell FuelSave dan pendukung penjimatan bahan api,saya yakin bahawa semua orang akan mengecapi manfaat dengan mengamalkan Petua Shell FuelSave dalam pemanduan mereka.Saya berazam untuk menyampaikan mesej Shell mengenai pilihan pemanduan yang lebih bijak untuk menggalakkan penjimatan bahan api,"kata Fahrin.
sorakan juara

Akhir sekali saya mengucapkan tahniah kepada semua peserta.Terutamanya kepada rakan blogger Hafiz Rahim yang berjaya mendapat tempat yang ketiga.

tempat ketiga hafiz rahim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...