Jadual Waktu Sistem Tubuh Manusia.

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia.
Seperti yang semua sedia maklum,Tubuh badan kita sebenarnya mempunyai jadualnya sendiri.Jika kita bijak menguruskan diri, in shaa allah tubuh kita akan menjadi sihat.

Jadi aku harap perkongsian kali ini,dapat memberikan sedikit pengetahuan buat korang semua.Berikut merupakan Jadual Waktu Sistem Tubuh Manusia.


Waktu Pagi.
3 pagi hingga 5 pagi - Ia berkaitan dengan paru-paru.Ini merupakan waktu terbaik untuk kita bangun dari tidur.Sebab pada waktu ini terdapat banyak kandungan ozon di udara.Ini akan memberi satu sumber tenaga baru bagi paru-paru kita.Digalakkan pada waktu ini membuat latihan pernafasan,senaman ringan serta bertafakur.Dan paling bagus  buat solat tahajud.
Sapa yang ada asma sebenarnya tidak sesuai untuk tidur pada waktu ini.Lebih baik bangun dan buat aktiviti sikit.


5 pagi hingga 7 pagi - Berkaitan dengan Usus besar.Bangun pada waktu ini,in shaa allah korang akan terhindar dari masalah sembelit.Waktu ini jika korang buang air besar dan mandi dengan air sejuk masalah kegugupan boleh dihindarkan.

7 pagi hingga 9 pagi - Berkaitan dengan Perut.Waktu ini sangat sesuai untuk kita bersarapan.

9 pagi hingga 11 pagi - Berkaitan dengan Limpa.Waktu ini disarankan jangan makan dan minum walau setitik air.Jika korang makan dan minum pada waktu ini ia akan mengakibatkan suhu badan meningkat,menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan.Bagi penghidap diabetes ia akan menyebabkan kegigilan dan mengantuk.Kena makan dan minum sebelum dan selepas waktu ini.

Waktu Tengahari
11 pagi hingga 1 tengahari - Berkaitan dengan Jantung.Hanya air sahaja yang boleh diambil pada waktu ini.Jangan membuat kerja berat ataupun tidur pada ketika ini.Jika tidak lebihan karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen.Ini akan meningatkan masalah serangan jantung,lumpuh atau sakit badan.
Jika dihospital biasanya pada waktu ini mereka akan lebih berjaga-jaga kerana pesakit jantung dan diabetes kerap mengalami serangan pada waktu ini berbanding waktu lain.

Waktu Petang
1 tengahari hingga 3 petang - Berkaitan dengan Usus Kecil.Waktu makan tengahari paling ideal.Selepas makan duduk tutup mata untuk rehat selama lima minit.Elakkan dari tertidur.

3 petang hingga 5 petang - Berkaitan dengan Pundi Kencing.Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

5 petang hingga 7 petang - Berkaitan dengan Buah Pinggang.Waktu ini sesuai unntuk bersantai dan rehat dari kerja harian.Jika tidak korang mungkin boleh memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.

Waktu Malam
7 petang hingga 9 malam - Berkaitan dengan Dinding Jantung.Makan malam patut diambil pada ketika ini.Jika tidak nanti akan menyebabkan getaran atau sakit di dada.

9 malam hingga 11 malam - Ini adalah masa untuk tubuh kita mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi.Oleh itu disarankan baring dan bersedia untuk tidur.Elakkan dari membaca buku,menonton tv atau bekerja.

11 malam hingga 1 pagi - Berkaitan dengan Hempedu.Jika waktu ini masih berjaga mungkin nanti akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja esok hari.

Waktu Lewat Malam
1 pagi hingga 3 pagi - Berkaitan dengan Hati.Waktu untuk tidur lena.Kalau tak boleh tidur kena cari jalan juga untuk tidur.Jika tidak ia akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.

So,macamana ?ok tak Jadual Waktu Sistem Tubuh Manusia di atas ni.Aku rasa aku sendiri pun banyak yang tak ikut jadual ni.Bila di buat kesimpulan patut la selama ni,Banyak masalah kat tubuh badan aku ni.Rupanya banyak sangat langgar pantang larang.Lepas ni nampaknya kena ikut jadual ni kalau nak sihat.Senam-senam juga tapi biar bertempat dan kena masa.Bukan main hentam je.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...