Impian Menjadi Realiti di KidZania.

Impian Menjadi Realiti di KidZania.
Pada Ahad yang lepas aku dengan anak sulung Muhd Arief Heykal berkesempatan ke KidZania Kuala Lumpur sempena sambutan ulangtahun ke Dua KidZania.Orang rumah tak dapat join sebab ada urusan yang lain.So,aku pun pergi berdua je.Sesekali apa salahnya kan.Apa yang menarik nya pada hari tersebut untuk 200  yang terawal boleh masuk secara percuma.Aku dengar ada yang datang seawal jam 7 pagi semata-mata nak masuk percuma.Terbaiklah KidZania.Sambutan memang hangat.Aku sampai pukul 11,suasana sangat meriah dengan keadaan orang yang sangat ramai memenuhi sekuruh kawasan KidZania.


Sebelum masuk kedalam aku cakap kat anak aku ni,"abang nak buat apa kat dalam ni" disebabkan ini pertama kali kami kesini dengan selamba dia cakap "nak main la" haha...aku rasa macam salah soalan pulak.Aku pun bagitau kat anak aku ni berkenaan KidZania berdasarkan apa yang aku tahu."kat dalam ni,abang boleh pilih kerja apa yang abang impikan,tak kisahlah apa jer,janji abang suka"dah namanya pun budak-budakkan apa yang ada dalam fikiran diaorang cuma nak main jer daan seronok jer."Janji best" katanya.


Impian Menjadi Realiti di KidZania.
Lepas tukar cek dengan duit di kaunter cimb anak aku terus cari apa langkah seterusnya.(Sebenarnya ni duit baki yang tinggal.)Mula-mula agak kekok juga sebab terlalu banyak kerjaya yang ada di KidZania.Jadi kesimpulannya aku cakap "baik abang cuba satu-satu mana yang abang rasa nak cuba".Okey percubaan pertama Muhd Arief Heykal,sebagai Travel Agent.


Duduk peuh bergaya dengan tugasan pertama sebagai Travel Agent.Dengan muka yang agak serius.

Panjat bangunan pulak.Setinggi 20 meter untuk latihan.Penuh bersemangat nak panjat dinding bangunan.


KidZania kuala lumpur
Tengah test smartphone.Apa yang menariknya di KidZania ni.Ibubapa dilarang untuk menemani anak-anak mereka untuk setiap aktiviti yang ada.Ibubapa hanya boleh guide sebelum masuk premis sahaja.Selepas itu anak-anak diwajibkan berdikari  sendiri.


KidZania Kuala Lumpur
Selepas mencuba beberapa kerjaya Arief beritahu aku yang dia nak ambik lesen kereta.Langkah pertama untuk ambil lesen kena check mata dulu kat Hoya Clinic.


Kidzania Kuala LumpurKidZania Kuala Lumpur
Selepas ujian mata ok,baru boleh ambik insurans kat Allianz.perkara wajib buat sebelum ambik lesen kereta.


KidZania Kuala Lumpur
KidZania Kuala Lumpur
Yes,ujian lulus,dari lapan peserta yang ambik lesen Arief peserta pertama yang lulus dulu.Lesen "D" dah dalam genggaman.Baru boleh masuk racing kat litar..hehe..Impian Menjadi Realiti di KidZania.


KidZania Kuala Lumpur
Apalagi jom memandu dengan cara yang selamat.

Disebabkan kesuntukan masa,aku terpaksa balik awal kerana ada urusan lain,ikutkan hati anak aku tu memang nak balik lambat sampai tutup KidZania ni kot baru nak balik.

Pada hari tersebut juga KidZania telah memyampaikan hadiah kepada pemenang video contest, 2 pemenang telah dipilih dan masing-masing memenangi percutian untuk empat orang ke KidZania Dubai bernilai RM25,000.Wow bestnya.Hadiah disampaikan oleh Pengarah Urusan  KidZania Malaysia Yang Mulia Tunku Dato' Ahmad Burhanudin .

KidZania Kuala Lumpur
Kiri sekali  Pengarah Urusan  KidZania Malaysia Yang Mulia Tunku Dato' Ahmad Burhanudin dan Tunku Ali.

Jom penuhi impian anak-anak korang di KidZania Kuala Lumpur.Impian Menjadi Realiti di KidZania.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...