Kapal Terbang MAS hilang dari radar.

Kapal Terbang MAS hilang tanpa dikesan dari radar.Berita ini memang agak mengejutkan bagi kita semua rakyat Malaysia khasnya.Aku pun mula-mula macam tak percaya sebab ingatkan saja gimik ataupun gurauan diwaktu pagi.Tapi bila aku search kat twitter dan page MAS memang betul lah berita ni.Dari apa yang aku baca pesawat MAS MH370  telah berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada jam 12.41 pagi tadi (8 mac 2014) dan telah hilang dari radar pada pukul 2.40 pagi.Kalau ikut jadual pesawat MH370 tersebut akan tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.Ini bukan main-main tau.Ini betul-betl kejadian.Pihak MAS sedang menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat ke kawasan laluan pesawat tersebut.
Pesawat tersebut membawa seramai 227 penumpung termasuk 2 orang bayi ,manakala anak kapal termasuk juruterbang seramai 12 orang.Apapun aku harap semoga mereka semua selamat.Risau juga aku dibuatnya.Walaupun aku tak kenal mereka tapi disebabkan mereka dari Malaysia dan naik kapal terbang MAS pulak tu.Sebagai rakyat Malaysia mari kita Doakan agar mereka semua selamat.Harap-harap pesawat tersebut cuma terkeluar dari radar bukan terhempas atau sebagainya.
Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut tentang berita terkini mengenai kejadian boleh terus call + 603 7884 1234 

Senarai penumpang mengikut Negara.

1.China – 152 + 1 bayi
2.Malaysia - 38
3.Indonesia - 12
4.Australia - 7
5.France - 3
6.United States of America – 3 pax + 1 bayi
7.New Zealand - 2
8.Ukraine - 2
9.Canada - 2
10.Russia - 1
11.Italy - 1
12.Taiwan - 1
13.Netherlands - 1
14.Austria - 1


Juruterbang yang bertugas Kapten Zaharie Ahmad Shah,warga Malaysia dan berumur 53 tahun.Menyertai #MalaysiaAirlines sejak tahun 1981.


Untuk update terkini korang boleh follow kat hastag #malaysiaairlines
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...