Soundbar Pertama di Dunia dengan Pembesar Suara Tanpa Wayar dan Boleh Tanggal, Kini di Malaysia

Philips Fidelio SoundBar HTL9100, Soundbar Pertama di Dunia dengan Pembesar Suara Tanpa Wayar dan Boleh Tanggal, Kini di Malaysia  

Pembesar Suara Tanpa Wayar

WOOX Innovations mengumumkan pelancaran di Malaysia bagi Soundbar pertama di dunia dengan pembesar suara boleh tanggal, Philips Fidelio Soundbar HTL9100, sempena pameran bergerak Harvey Norman IPC Atrium 2014.

pembesar suara tanpa wayar
Ucapan pembukaan oleh Mr.Karam S.Sandhu - General Manager,Electrical-Malaysia Elitetrax Marketing Sdn Bhd - Harvey Norman.

pembesar suara tanpa wayar
Mr.Andrew Tan - Business Leader,WOOX Innovations Malaysia.

Philips Fidelio Soundbar HTL9100 yang merupakan pemenang pelbagai anugerah adalah soundbar pertama yang mempunyai pembesar suara sisi tanpa wayar yang boleh dipisahkan.  Apabila dipisahkan, soundbar bertukar daripada pembesar suara sekeliling virtual kepada sistem pembesar suara saluran 5.1 on demand.  HTL9100 mempunyai subwufer tanpa wayar dengan reka bentuk bergaya dan mewah yang menjadi kegemaran dan jangkaan pengguna daripada rangkaian Fidelio.

Philips Fidelio HTL9100 Soundbar merupakan satu sistem tanpa wayar yang pintar dan mudah yang menawarkan kemudahan penjimatan ruang di dalam rumah tanpa kesusahan pengendalian kecelaruan wayar kepada pengguna, lantas menikmati pengalaman yang benar-benar sinematik dalam keselesaan di rumah sendiri.

Menurut Pemimpin Perniagaan WOOX Innovations Malaysia, Encik Andrew Tan, Philips Fidelio SoundBar HTL9100 adalah yang pertama di antara seumpamanya yang menawarkan pembesar suara tanpa wayar yang secara automatik mengubah soundbar daripada pembesar suara sekeliling virtual kepada sistem Bunyi Keliling saluran 5.1, apabila pembesar suara dipisahkan dari konsol utama.

“Soundbar adalah pembesar suara dalam bentuk bar yang menjimatkan ruang dan menguatkan bunyi TV.  Kebanyakannya didatangkan dengan subwufer dan boleh berfungsi dengan Bluetooth tetapi kualiti bunyi biasanya kurang baik.  Philips Fidelio HTL9100 berbeza kerana ia menghasilkan bunyi keliling saluran 5.1 yang meyakinkan,” jelas Encik Tan.

Philips Fidelio SoundBar HTL9100 telah dianugerahkan Home Theater Innovation 2013-2014 Award oleh European Imaging and Sound Association (EISA) pada tahun 2013.

“Kediaman-kediaman baru di Malaysia, terutamanya kondominium dan pangsapuri, kelihatan semakin kecil dan ruang adalah premium.  Sebuah sistem keliling pawagam rumah yang lengkap akan mengambil terlalu banyak ruang dan tidak praktikal untuk penghuni bangunan tinggi.  Kami telah menerima banyak permintaan untuk Philips Fidelio HTL9100 dari pengguna Malaysia dan yakin akan tarikannya kepada penggemar audio yang arif, pandai menilai dan yang berhadapan dengan kekangan ruang dan belanjawan,” kata Encik Tan.

“Kami faham bahawa dengan kenaikan harga, konsumer sedang mencari penyelesaian inovatif, jimat ruang dan dipacu dengan reka bentuk untuk disesuaikan dalam kehidupan dan gaya hidup mereka.  Inilah sebabnya kami mengadakan pelbagai tawaran pengenalan yang akan memberikan lebih banyak nilai,” kata Encik Tan. 

Hanya di kedai Harvey Norman, setiap unit HTL9100 yang dibeli akan melayakkan pembelinya membeli Philips HMP8100, sebuah pemain media, pada harga cuma RM99, dan bukan pada harga asal RM699, serta menerima baucar diskaun RM200. 


Baucar diskaun RM200 itu boleh digunakan untuk membeli HTL9100 Soundbar.   Sebarang pembelian produk audio Philips berharga RM500 dan ke atas akan melayakkan pembeli untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah premium. 

Philips Fidelio Soundbar HTL9100 dijual pada harga RM2,999 dan boleh didapati di kesemua gedung jualan utama.

Reka bentuk
Sebuah artifak hitam anggun berbentuk silinder berjalur perak, Philips Fidelio HTL9100 merupakan karya agung minimalis yang direka khas untuk mereka yang mempunyai kekangan ruang.  Kedua-dua bahagian hujungnya boleh diasingkan untuk menjadi pembesar suara satelit belakang tanpa wayar, dihubungkan dengan unit utama menerusi isyarat 5.8GHz bagi mengelakkan gangguan isyarat wi-fi atau Bluetooth.  Pembesar suara tersebut berkuasa bateri cas semula yang tahan sehingga 10 jam sebelum kembali ke bar utama untuk dicas semula.

Bunyi keliling
Konfigurasi terbuka Fidelio HTL9100 menyelubungi pendengar dengan dua buah ‘tweeter’1-inci dan empat pemacu julat tengah 2.5-inci.

HTL9100 menyahkod runut bunyi Dolby Digital dan DTS, dan bertukar kepada isyarat standard saluran 5.1 sebaik sahaja satelit-satelit dipisahkan. Pergerakan audio yang mengagumkan ini menghidupkan filem, permainan, rancangan televisyen dan muzik.  Ini merupakan sistem pawagam rumah spontan yang lebih praktikal untuk mereka yang menghadapi kekangan ruang.

Ketersambungan
Ketersambungan adalah mudah kerana satelit-satelit dipasang pada unit utama menerusi penghubung yang proprietari dengan sokongan magnet.

Anugerah
Selain daripada anugerah Home Theater Innovation 2013-2014 Award oleh European Imaging and Sound Association (EISA) pada 2013, pada majlis anugerah 2013 What Hifi Awards, rangkaian Philips Fidelio juga memenangi 3 anugerah termasuk ‘Produk Terbaik’ bagi tahun tersebut dalam kategori Soundbar untuk Philips Fidelio SoundBar HTL9100. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...