Bersantai bersama keluarga di A'Famosa Resort.

A'Famosa Water World
Kalau korang nak pergi bercuti,aku cadangkan pergi kat A'Famosa ni je.Sebab kat dalam ni ada macam-macam benda korang boleh buat terutamanya bagi yang sudah berkeluarga.Lebih-lebih lagi yang ada ramai anak.hehe......mesti meriah punya kalau datang ke A'Famosa Resort ni.Bulan lepas aku pergi bercuti kesana,Sampai je kat sana,aku terus terjah A'Famosa Water World .Nak masuk kesini parking kena bayar RM3.Murah jer untuk sehari.Tak dapat rate ni kalau parking kat KL kan.Bayaran masuk ke A'Famosa Water World  RM41 untuk DEWASA dan RM36 untuk KANAK-KANAK (rate untuk weekend).Untuk hari biasa harga murah sedikit.
A'Famosa Water World

A'Famosa Water World
Berjalan dengan penuh semangat sebab dah seminggu tak jumpa air (catuan air di Selangor)

A'Famosa Water World
Bersiap sedia nak berendam kat air.

A'Famosa Water World
A'Famosa Water World
Tarikan utama di A'Famosa Water World, Big Ice Cream.Sayang sekali tak dapat nak cuba sebab kalau nak naik benda ni kena ada empat orang,aku berlima so,sebab takda yang nak jaga anak aku yang kecik tu,terpaksa diabaikan dulu.Kita cuba lain kali.Sapa nak cuba boleh datang,kecut perut aku tengok diorang main.
A'Famosa Water World
Aku cuma sebagai cameraman je,sebab aku takut tempat tinggi.haha....sebab terpaksa malu dengan anak-anak aku cuba jugak.untuk yang ini tiga orang dah boleh main.Ternyata mereka bertiga lebih berani dari aku.

A'Famosa Water World

A'Famosa Water World

Dah habis mandi kita orang makan dulu sebelum check in kat Villa.Makan kat dalam ni mahal sikit,tapi disebabkan ada rasa malas nak keluar kawasan,sebab dah penat.Beli je terus makanan kat dalam ni.Ha,bis makan,terus check in pkl 3.Petang takda aktiviti just rehat dan santai kat Villa.Petang baru keluar cari makanan.Sebab malam ikut schedule pukul 8 nak ke A'Famosa Old West,Nak layan anak-anak tengok persembahan yang disediakan oleh pihak A'Famosa Resort.

A'Famosa Old West
Tiket Masuk RM58 Dewasa dan RM53 Kanak-kanak.

Kat dalam ni ada Fun Fair,boleh habiskan duit kalau nak.Aku memang tak nak habiskan duit,so aku terus ke tempat persembahan.Persembahan bermula pukul 8:15 malam.
A'Famosa Old West
Boleh naik gajah kepada yang berminat.

A'Famosa Old West
A'Famosa Old West
A'Famosa Old West
Persembahan maloam ni pukul 8.15-Red Indian show dan pukul 9.15-Carnival Musical Parade.teryata memang sangat happening malam ni,rasa terhibur dengan persembahan diaorang.

A'Famosa Old West
Masa kat dalam ni aku cuma sempat snap gambar red indian sorang ni je,sebab yang lain aku record video.
Habis aktiviti malam ni,balik villa rehatkan diri.

Pagi-pagi lepas breakfast layan anak-anak kat swimming pool dulu sebelum check out pukul 12.Ada satu lagi program sebelum balik,Singgah kat A'Famosa Safari World.Tiket masuk RM49 Dewasa dan RM39 Kanak-kanak.
Kat dalam ni ada pelbagai jenis haiwan,cuma haiwan kat sini tak sebanyak macam kat zoo negara.Kelebihan di A'Famosa Safari World ni kita boleh mengembara dengan menaiki kenderaan yang disediakan dan boleh tengok haiwan hidup secara bebas.
 A'Famosa Safari World
 A'Famosa Safari World
 A'Famosa Safari World
 A'Famosa Safari World
 A'Famosa Safari World

Ni la kenderaan yang akan kami naiki untuk mengembara ke alam haiwan..cewah...berdebar dada ni nak tengok sebab belum pernah alami lagi suasana macamni.Bayangkan kalau kita keluar dari kenderaan ni..habis kena baham kan. 
 A'Famosa Safari World
 A'Famosa Safari World
 A'Famosa Safari World
Pak belang dok jeling je kat kami yang dalam kenderaan ni....

 A'Famosa Safari World
Pukul 2.15 layan persembahan Cow Boy pulak.

 A'Famosa Safari World
 A'Famosa Safari World
 A'Famosa Safari World
Memang fantastic betul para pelakon ni,macam real jer diaorang buat.Sapa belum pernah rasai suasana kat sini jemput datang ke A'Famosa Resort mesti tak menyesal punya.

 A'Famosa Safari World

Kalau nak dapatkan tiket masuk kesemua theme park beli semua sekali gus,kira beli pakej  -Water World + Old West + Safari World cuma RM90 Dewasa dan RM73 Kanak-kanak.Jimat sikit dari beli satu-satukan.okeylah geng,Selamat bercuti kepada yang nak bercuti ke A'Famosa Resort. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...