Program Tahun Melawat Malaysia - Feb 2014

Tahun Melawat Malaysia 2014 ( visit Malaysia 2014 ) sudah berlangsung selama sebulan lebih pelbagai aktiviti yang telah di jalankan oleh Kementerian-kementerian kerajaan dan juga badan-badan swasta untuk menjayakan Program Tahun Melawat Malaysia 2014 (visit Malaysia 2014).Seperti yang kita ketahui Pelancaran Tahun Melawat Malaysia (visit Malaysia) telah diadakan di Dataran Merdeka pada 4 Jan 2014 yang lepas.Dan Program tersebut telah berjalan dengan jayanya.Pelancaran tersebut telah di selenggarakan oleh Sekretariat Tahun Melawat Malaysia 2014 - Ministry of Tourism and culture,Malaysia (MOTAC).
Dan pada 13 hingga 18 Jan 2014 yang lalu juga telah berlangsung Royal Langkawi International Regatta yang menyaksikan pertandingan  50 kapal layar .Program ini telah dikelolakan oleh Langkawi Development Authority (LADA).
Baru-baru ini sempena sambutan Tahun Baru Cina, Ministry of Tourism and culture,Malaysia (MOTAC) telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka ( Malaysia Open House Celebration) pada 8 Feb di Taiping,Perak.Program ini bertujuan untuk menunjukkan kepada pelancong luar bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang harmoni dengan sambutan bersama semua bangsa pada majlis tersebut.
Seperti sedia maklum, Malaysia di terajui oleh tiga bangsa utama iaitu Melayu,India dan Cina.Dengan semangat bersatu tiga bangsa ini menjalankan pelbagai aktiviti dari pelbagai segi kehidupan,urusniaga,pendidikan dan cara hidup.Masing-masing perlu memahami budaya serta agama mereka.Ini bertujuan supaya tidak berlaku perpecahan dalam masyarakat.Dan dengan ini Pelancong dari luar akan berasa selamat untuk berada di Malaysia lebih lama dan akan memperkenalkan Malaysia kepada keluarga dan rakan-rakan mereka apabila mereka kembali ke tanahair mereka nanti.

Festival Layang-Layang Sedunia
Program terkini Festival Layang-Layang Sedunia ( World Kite Festival) yang akan berlangsung di Pasir Gudang,Johor  pada 10 hingga 16 Feb 2014.Ini merupakan acara tahunan.Setiap tahun memang ada.Program ini bakal menyaksikan pelbagai jenis layang-layang dari 30 negara dengan pelbagai jenis rekabentuk dan cara terbang yang menarik.Bagi peminat layang-layang boleh datang ke Festival Layang-Layang Sedunia ni.Program ini di uruskan oleh Pasir Gudang Municipal Counsil .

Festival Layang-Layang Sedunia
Festival Layang-Layang Sedunia

Pelbagai jenis layang-layang yang akan di pertandingkan dari saiz kecil hingga saiz gergasi.Maklum je la,idea dari 30 negara.Memang best kot.aku sendiri pun tak pernah pergi.Tapi nampak macam meriah.Ok ouls,kita jumpa disana nanti.Untuk program sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 yang akan datang,aku akan update dari semasa ke semasa.Bukan apa,supaya korang tak terlepas program-program yang menarik sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 ( visit Malaysia 2014 )ni,mana tau program tu nanti berada disekitar kawasan korang..so,sentiasa datang ke blog jaymiee.com ni yer.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...