Kesan Bersukan Waktu Malam.

Rasanya dah empat hari aku tak update blog ni,terasa rindu pulak dibuatnya.Maklumlah ada tugasan yang terpaksa diuruskan dahulu.Berbagai perkara terpaksa disiapkan.Dari urusan peribadi,sosial sehinggalah ke urusan perniagaan.Nampaknya malam ni baru berkesempatan nak tengok blog kesayangan aku ni.Belek punya belek terjumpa artikel tentang kesan bersukan waktu malam,nampak macam menarik.Aku rasa artikel dah berlegar lama kot,tapi tak kisahlah,niat aku cuma nak berkongsi bersama pembaca setia blog jaymiee.com.

Ingatkan dengan bersukan kesihatan akan jadi semakin baik atau lebih baik,rupanya boleh jadi sebaliknya.Berdasarkan dari apa yang saya faham ,kesan bersukan waktu malam boleh menyebabkan terjadinya penyakit-penyakit yang berbahaya seperti tekanan darah tinggi dan juga masalah jantung.Jadi awas kepada sesiapa yang gemar melakukan aktiviti bersukan pada waktu malam.Antara aktiviti sukan yang biasa dilakukan pada waktu malam adalah seperti futsal,badminton dan juga beriadah santai di gymnasium.Maklum saja,nak bersukan waktu siang memang tak sempat sebab sibuk bekerja.Masa yang ada cuma waktu malam,kadang-kadang hari minggu pun kena bekerja untuk menampung kehidupan seharian yang semakin tinggi kos sara hidup sekarang ni.

Kesan Bersukan Waktu Malam.

Disebabkan gaya hidup yang dirasakan betul tu, sebenarnya kita telah mengundang penyakit yang berbahaya kepada diri kita sendiri tanpa sedar.Ini kerana semua aktiviti sukan tersebut memerlukan tenaga yang banyak sebenarnya ,sebab seharian kita bekerja lebih 8 jam dan ia boleh bertukar menjadi satu gejala yang tidak sihat sebenarnya.Ini kerana aktiviti sukan selepas bekerja terutamanya pada waktu malam boleh menyebabkan badan menjadi lesu sebab badan kita dah bekerja di siang hari dan banyak tenaga telah dikeluarkan.Kita memaksa badan untuk bekerja keras dengan aktiviti sukan  yang berat dan ini boleh menyebabkan tekanan darah meningkat dan sekaligus dapat penyakit pakej iaitu masalah darah tinggi dan jantung.Penyakit darah tinggi juga digelar sebagai pembunuh senyap,kerana ia merupakan penyebab utama penyakit serangan jantung,lemah jantung,kegagalan buah pinggang dan juga buta.Wau,dasyat sungguh ni.
Berdasarkan pada apa yang aku lihat sebenarnya bukan tak boleh nak bersukan waktu malam,cuma kita kena minimakan penggunaan tenaga.maksudnya cuba buat aktiviti sukan yang ringan-ringan seperti berjogging ataupun berenang.
Sekarang dah tau kesan bersukan waktu malam,jom kita cari waktu yang selamat untuk bersukan.Waktu paling ideal untuk kita melakukan aktiviti sukan ataupun senaman berat adalah pada waktu pagi antara 6 pagi hingga 9 pagi sebab badan kita masa tu masih cergas dan segar.Kalau tak dapat buat aktiviti berat buat yang ringan-ringan pun cukup.Jangan terlalu memaksa tubuh melakukan perkara-perkara yang diluar kemampuan.Elok-elok nak sihat lain pula yang dapat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...