Walkathon - Rose2Rose Walk For Humanity.

Berita baik untuk semua  bloggers dan pembaca setia jaymiee dot com yang berminat dan suka buat kerja-kerja amal.Aku baru dapat email dari pihak Terbaek Network tentang Program kemanusiaan dan kebajikan ,Walkathon yang bertemakan Walk For Humanity yang akan diadakan pada 16 Mac 2014 (Ahad) di Padang Merbok,Kuala Lumpur yang di anjurkan oleh AQSA SYARIF BERHAD dan Ikram4Syria  melalui sekretariat Rose2Rose (R2R).Untuk menjayakan program Walkathon ini pihak Rose2Rose mengangggarkan penglibatan seramai 2000 orang dari semua golongan.


Walkathon - Rose2Rose Walk For Humanity.

Aku harap rakan-rakan blogger yang dah baca berita ni mohon sebar-sebarkan kepada semua rakan-rakan blogger dan ahli keluarga yang lain bagi menjayakan program amal ini.


Maklumat lanjut tentang Rose2Rose Walk For Humanity ini adalah seperti di bawah:


LATAR BELAKANG

Sekretariat Rose2Rose di bawah Aqsa Syarif  Berhad telah mensasarkan kutipan dana berjumlah RM1.5 juta untuk disalurkan sebanyak RM500,000 kepada setiap negara iaitu Palestin, Syria dan Rohingya. Projek dari wanita Malaysia untuk wanita dan kanak-kanak di 3 buah negara tersebut telah dilancarkan pada Oktober 2013. Pelbagai program penjanaan dana telah dilaksanakan iaitu Makan Malam Amal Rose2Rose pada 7 Disember 2013 dengan kutipan RM600,000, bazar jualan amal di MydinUSJ dan juga flashmob di sekitar Kuala Lumpur. 


Bagi mencapai sasaran tersebut, beberapa program lain dicadangkan termasuklah program walkathon amal. Oleh itu, Sekretariat Rose2Rose mencadangkan agar program Rose2Rose Walk For Humanity ini dilaksanakan bagi meneruskan usaha mengutip dana tersebut.

INSTAGRAM: @rose2roseofficial
HASHTAG: #walk4humanity
BORANG PENDAFTARAN: http://bit.ly/r2rwfh-form

Bayaran atau sumbangan boleh dibuat kepada:
AQSA SYARIF BERHAD
Maybank : 5515 7500 4299
CIMB : 1216 0000 452101

Menjadi harapan besar agar program kutipan dana melalui konsep walkathon ini dapat menembusi lapisan masyarakat yang baru bagi meningkatkan kesedaran tentang isu kemanusiaan di Palestin, Syria dan Rohingya. Sesungguhnya isu kemanusiaan merentasi bangsa dan agama. Semoga Allah meredhai usaha kecil ini dalam membantu saudara-saudara kita yang tertindas.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut,boleh hubungi Cik Fateen Najlaa di 017-3503382 atau email kepada najlaanor@yahoo.com.

Walk For Humanity

Bagi yang berkesempatan jom beramai-ramai ke Padang Merbok,Kuala Lumpur pada 16 Mac 2014.
Sumbangan kerdil kita bagi meringankan beban saudara-saudara di Palestin, Syria dan Rohingya. Saat nanti Allah bertanya apa yang telah kita buat, kita ada jawapannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...