Tanpa diduga perniagaan yang dijalankan hanya melalui facebook telah menjadikan beliau untuk kaya dengan mudah.Beliau telah mendapat pulangan yang besar pada masa yang singkat.Kekayaan bermula dihujung jari.Kalau dah rezeki memang tak kemana.Asal rajin berusaha dan sentiasa fokus ke depan.Selepas daripada berniaga secara Dropship Muhammad Zukermi kini telah berjaya membuka syarikat perniagaannya sendiri.Dan disinilah bermulanya kehidupan beliau sebagai Jutawan Muda Online,apabila syarikatnya telah berjaya mencatat keuntungan jualan jutaaan ringgit setiap tahun.Bila sudah menjadi kaya dan lebih-lebih lagi telah mencapai status jutawan muda,pasti ramai yang tertanya-tanya apa rahsia untuk kaya.Bagi aku rahsia untuk kaya adalah berusaha tanpa kenal erti jemu.itu pun dah mencukupi.
Pada tahun 2013,Muhammad Zukermi telah berjaya melancarkan beberapa produk kecantikan seperti MZ Secret Soap dan MZ Secret Body Spray di bawah syarikat MZ Secret Sdn. Bhd. miliknya.Tengok,aku sendiri pun terasa tercabar dengan kejayaan yang dicapai oleh Zukermi.Pokoknya kat sini,untuk berjaya hanya perlukan usaha yang gigih.Tidak semestinya datang dari latarbelakang keluarga yang bagus baru boleh berjaya.Zukermi sendiri pernah menjadi gelandangan seawal umur 21 tahun.Namun beliau tidak pernah patah semangat memajukan diri untuk terus ke depan.
Kisah kejayaan usahawan muda seperti Muhammad Zukermi ini pasti akan mencetuskan evolusi perniagaan Online di Malaysia pada masa kini.Siapa sangka hanya dengan menggunakan teknologi siber ,perniagaan dalam talian mampu menjadikan seseorang hidup mewah.Jangan pandang remeh pada kawan-kawan korang yang nak berniaga secara online,berikan galakan dan support mereka.Jadikan Muhammad Zukermi sebagai role model untuk lebih berjaya.Walaupun bermula dengan RM1.
