Bisnes Online Atau Offline (konvensional)

Jika diberi peluang saya rasa mesti ramai orang diluar sana yang ingin buat bisnes sendiri dari kerja makan gaji.Cumanya untuk memulakan sesuatu bisnes memerlukan modal dan komitment yang tinggi dari segi pengurusan masa dan pengurusan kewangan.Bukan mudah sebenarnya nak menguruskan sesuatu perniagaan.Silap langkah boleh melingkup dibuatnya.Jadi kepada korang yang masih bekerja tu fikirkan 1001 kali sebelum ambik keputusan berhenti kerja.Kalau boleh buat persediaan awal sebelum berhenti kerja.Korang boleh rujuk post saya disini tentang persediaan sebelum
berhenti kerja.
bisnes online
Sebenarnya kalau nak diikutkan dalam dunia bisnes,ia boleh menjana empat hingga lima kali ganda pendapatan dari kerja makan gaji ,jika dilakukan secara bersungguh-sungguh.
Persoalannya sekarang cara bisnes macamana yang hendak dibuat Bisnes Online atau Offline.Zaman sekarang orang ramai banyak menggunakan kecanggihan teknologi siber ,kemudahan dihujung jari.Jadi kalau kita pandai ambil peluang dan sanggup belajar untuk merebut peluang yang ada .Apa salahnya kan?
So,apa dia Bisnes Offline (konvensional) - Bisnes ini dilakukan dan beroperasi secara tetap atau berada dimana -mana  lokasi yang mudah untuk dikunjungi pelanggan seperti di deretan kedai,taman perumahan,pasaraya ,kiosk dan macam-macam lagi.
Dan apa pulak Bisnes Online - Bisnes Online dilakukan secara maya dengan menggunakan kaedah soft selling.Pelanggan yang berminat dengan produk yang ditawarkan boleh membeli secara dalam talian sahaja tanpa bertemu dengan peniaga tersebut.Cara ini lebih mudah dan jimat tempat dan jimat sewa premis.tak perlu simpan stok yang banyak.Boleh dilakukan dari rumah sahaja.
bisnes online

Siapa yang layak untuk menjana pendapatan dari rumah dan melakukan dua bisnes ini?
Bagi saya sesiapa pun boleh melibatkan diri,Sebab kedua-dua jenis perniagaan ini boleh dilakukan secara sambilan jika tiada modal yang besar.Kelebihannya kita dapat menjalankan bisnes dengan fleksibel dan tidak terkongkong.
Bagaimana jika tidak berjaya?
Semua itu atas usaha korang sendiri.Katakanlah dalam masa setahun atau dua tahun korang gagal meraih apa-apa pendapatan,apa langkah seterusnya?
Bisnes secara sambilan,dengan niat untuk kumpul duit dengan cara ini ,korang takkan stress.Teruskan secara bisnes secara berhemah dan jangan ulangi kesilapan yang lalu.Kalau dah berhenti kerja tak salah untuk bekerja semula dengan niat nak cari modal dan sambil membayar hutang piutang yang ada.
Sambil tu tetapkan matlamat ,reset minda dan tetapkan sasaran jangka pendek bagi membina semula bisnes yang tergendala sebelum ini.Pokoknya jangan putus asa.
Dan Langkah yang seterusnya luaskan rangkaian kenalan korang,libatkan diri dalam pelbagai event dan organisasi sosial yang melibatkan ramai orang.Dan jangan lupa untuk beri busines card anda kepada setiap orang yang anda baru kenali.Dengan cara ini secara tak langsung orang akan mengenali bisnes dan siapa anda.Dan jangan lupa untuk mempelajari ilmu-ilmu perniagaan samaada yang percuma atau berbayar.Jangan untuk bertanya .Bak kata pepatah melayu "malu bertanya sesat jalan".
Fokus kepada apa yang korang buat.Pilih salah satu cara mana yang boleh korang buat samaada Bisnes Online atau Offline.Kesan mana satu yang korang mahir dan senang nak buat.
Dan yang terakhir sekali,dalam bisnes memerlukan pengurusan yang rapi.Mengusahakan Bisnes Online atau Offline memerlukan kita terlibat dalam pelbagai perancangan,tindakan dan proses membuat keputusan.Keputusan yang dibuat sudah tentu akan memberi kesan kepada bisnes korang nanti.Bisnes yang mempunyai persediaan awal,peralatan sokongan yang lengkap sangat membantu sesebuah perniagaan untuk terus maju kedepan.Berikut merupakan beberapa kriteria yang akan memberi pengaruh yang besar keatas bisnes korang.Walaupun hanya bisnes berskala kecil dirumah,ini adalah perkara penting dan harus menjadi keutamaan.
*Ruang pejabat.
*Peralatan Kerja dan Bisnes.
*Prosedur kerja harian.
*Senarai Pembekal atau Senarai pelanggan.
*Sistem dokumen yang lengkap.
*Stor
*Urusan khidmat pelanggan.

Proses bekerja sudah pun bermula apabila korang mula mendaftarkan bisnes di SSM dan melakukannya secara sambilan dirumah ataupun secara besar-besaran.Untung Rugi semuanya bergantung pada usaha dan semangat korang.Setiap apa yang dibuat mestilah ikhlas dan jangan sesekali melakukan perkara yang ditegah oleh agama.Ingat tau.Semoga kita sama-sama maju jaya.


bisnes online


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...