Merokok Cepat Tua?

Betul ke,ada orang kata merokok cepat tua?Selain mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan,berdasarkan kajian merokok juga boleh menyebabkan si perokok tu nampak cepat tua.Berdasarkan kajian di Sebuah Universiti di Twinsburg,Ohio.Bukan saya cakap ,tapi pengkaji tersebut yang bagitau.Fakta ni saya dapat kat salah satu laman blog diorang,saya tengok macam ok.So,saya pun update kat blog saya.Korang hisap rokok tak?Kalau tak hisap,Alhamdulillah bagus  dan kalau hisap saya rasa elok berhenti jer kalau boleh.Sebab bagi saya merokok ni adalah satu pembaziran dan membahayakan kesihatan diri sendiri dan orang di sekeliling kita.Betul tak?Saya sebelum ni pun hisap rokok tapi hanya secara part time jer.Paling best hisap masa kat kenduri kahwin.Sebab masa tu banyak rokok free.

Oklah back to merokok cepat tua tadi,mesti korang nak tau kan macammana diorang buat kajian tu.Di Twinsburg,Ohio pada setiap tahun diorang akan buat satu pesta untuk pasangan kembar disitu.Seramai 79 pasangan kembar akan datang kesana untuk memeriahkan pesta tersebut.Kebanyakkan pasangan kembar yang datang berumur  dalam lingkungan umur 48 tahun.Secara profesional mereka telah memberikan kerjasama dalam kajian tersebut dan dengan senang hati membenarkan gambar mereka diambil.Disini saya tunjukkan gambar 4 pasangan kembar tersebut.Kebanyakkan mereka merupakan perokok tegar lebih 5 tahun.

Merokok Cepat Tua
Pasangan kembar yang sebelah kiri bukan seorang perokok dan yang sebelah kanan perokok.

Merokok Cepat Tua
Kedua-dua pasangan kembar ini merupakan seorang perokok,tapi pasangan yang sebelah kanan telah merokok lebih 17 tahun.

Merokok Cepat Tua
Pasangan kembar ini pula yang sebelah kiri tidak merokok dan pasangannya telah merokok selama 29 tahun.

Merokok Cepat Tua
Kedua-dua mereka menghisap rokok tetapi yang sebelah kanan telah merokok lebih lama dalam 14 tahun lamanya.

Apa yang diperhatikan dalam kajian ini adalah kesan rokok terhadap rupa mereka cuba korang tengok keadaan kulit muka perokok dengan bukan perokok,lagi lama merokok lagi banyak bezanya.Kulit menjadi lebih berkedut,terutamanya kedutan dibawah mata,dagu,leher,bibir dan dahi.Itu baru kajian dari segi luaran belum kajian kesihatan dari segi dalaman pulak.Kesimpulannya disini merokok memang tidak baik untuk kesihatan.Kalau korang merupakan seorang perokok,kalau rasa nak berhenti baik berhenti sekarang.Kalau belum ada rasa,buat secara perlahan-lahan demi orang yang tersayang.Kajian merokok cepat tua ni hanya dibuat sebagai aktiviti sahaja.Bukan untuk apa-apa tujuan lain.Cuma nak bagi kesedaran pada orang ramai betapa merokok ni memang tak elok.Kalau saya baik berhenti jer,selain dapat mengelakkan dari cepat tua dan menjaga kesihatan .Dapat juga menjimatkan duit belanja.Tepuk dada tanya selera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...