Tempat Shopping Di Taipei.

Kalau korang ke Taipei,Taiwan.Antara tempat shopping yang harus korang pergi adalah Shilin Night Market ataupun Shilin Market.Ia adalah antara tempat Shopping di Taipei yang paling terkenal dan terbesar sekali di Taiwan.Macam-macam barang ada di jual kat sini.Pokoknya sediakan saja duitnya.Pasar malam ini terletak berdekatan dengan pelabuhan di sungai Keelung.Dan pasar malam ini telah beroperasi sejak tahun 1909.Lama kan.Tapi memang meriah kalau shopping kat sini.Nak cuci-cuci mata pun boleh.Tapi bab nak makan tu ,baik korang abaikan jerlah.(Bagi yang muslim)sebab makanan kat sini banyak yang tak halal.So,berhati-hatilah yer.

Tempat Shopping Di Taipei
Shopping ala kadar jer.Sebab ada banyak lagi tempat shopping nak pergi.

Disitu terdapat terdapat gerai makanan dan gerai-gerai menjual pelbagai jenis barang seperti pakaian,cenderahati,barang permainan,Gadjet sehingga ke karaoke.Ada lebih kurang 540 peniaga semuanya.So,memang seronoklah bila ramai yang meniaga.Orang jangan cakaplah.Memang terlalu ramai.Kalau korang naik kenderaan ada lebih kurang 400 tempat parking disediakan.Saya datang ke sana secara berkumpulan jadi kami naik bas yang disediakan lagi senang.Biasanya parking memang tak cukup.Pasar malam ini beroperasi sehingga pukul 1 atau 2 pagi.

Tempat Shopping Di Taipei
Antara gerai makanan kat Shilin Market.

Tempat Shopping Di Taipei
Salah satu kedai menjual kasut yang ada.

Sebelum terlupa ,makanan paling terkenal kat sini adalah Tauhu Busuk.Diorang kata lagi busuk lagi sedap.Tapi saya tak rasa pun.Memang tak selera kot nak rasa. Biasalah lain tempat lain caranya.Budaya pun dah lain.Tapi memang best shopping kat sini.Semua barang boleh dikatakan berkualiti.Sebab kat Shilin market ni kalau korang cari barang keluaran Made In China memang susah.Diaorang banyak jual barang Made In  Taiwan.Orang-orang Taiwan lebih sukakan barang mereka sendiri berbanding barangan dari Negara China.Tengok diorang sendiri pun tak suka.Tapi kalau kat Malaysia,barang buatan China memang dah berlambak.Hampir enam puluh peratus saya rasa.Jadi kalau datang ke Taipei ,Taiwan jangan lupa untuk singgah tempat shopping di Taipei yang paling terkenal ni.Shilin Night Market.Boleh borong banyak-banyak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...