Kenapa Perlu Melancong?

Kenapa Perlu Melancong

Cuba tanya orang sekeliling korang.Sapa yang tak suka melancong jika ada peluang.Saya rasa jika ditanya sepuluh orang mugkin hanya seorang sahaja yang akan kata "tidak".itupun jawapan masih samar-samar lagi.Betul ke tak betul?Korang sendiri macamana?Kalau saya punya jawapan  memang saya nak melancong,Kalau ada rezeki memang nak pergi ke semua negara.Itu kalau ada rezeki dan kesempatan atas izin ALLAH.Ada juga orang cakap dari pergi melancong baik pergi umrah atau Haji.Betul semua orang nak kesana.In shaa ALLAH.Jika berkesempatan atau ada rezeki saya akan kesana juga.Itu semua bergantung pada niat dan usaha.Persoalannya sekarang.Kenapa perlu melancong?

Melancong merupakan salah satu dari perkara yang paling menyeronokkan kat dunia ni.Sebab kita dapat tengok budaya dan cara hidup orang / bangsa / negara lain.Oleh sebab itu cuba sematkan di minda ,Negara mana yang korang nak pergi.Tanamkan azam yang kuat.In shaa ALLAH tercapai cita-cita tu.

Sebab-sebab kenapa perlu melancong?Sebenarnya ada beberapa perkara yang akan kita dapat sebagai contoh saya bagi lima sebab kenapa.

1.Korang dapat belajar untuk menyesuaikan diri.
Bila melancong,Kita boleh merancang tapi tak semestinya kita akan dapat apa yang kita rancangkan.Sebab di negara orang kita perlu belajar untuk menyesuaikan diri dengan perkara-perkara baru dan orang-orang sekeliling yang baru dan korang kena pandang semua dari segi perepektif yang lain.Lain padang lain belalang.Keadaan cuaca juga perlu diambil perhatian.Lebih-lebih lagi kalau musim sejuk.

2.Dapat meneroka perkara-perkara baru.
Sekali kita melangkah ke negara orang,Kita pasti akan mengalami perkara-perkara baru dalam hidup.Melancong merupakan salah satu cara untuk kita membuka mata dan minda serta menimba pengalaman baru.Macam-macam yang akan korang alami.Sebab tu mulai tahun lepas saya berazam untuk melancong ke luar negara sekali setahun sekurang-kurangnya.Bila dah rasa sekali best pulak.Sebelum tu rasa berat jer kalau nak ke luar negara.
Salah satu perkara yang bakal korang terokai adalah perbezaan budaya,udara yang berlainan,suasana persekitaran yang sangat-sangat berbeza dengan tempat sendiri.

Kenapa Perlu Melancong

3.Bagi kejutan pada selera makan anda.
Bila datang ke tempat orang,mesti nak rasa makanan diaorang kan,So,bagi kejutan sikit pada selera makan dan tekak korang.Pastikan makanan tu halal.Jangan main makan jer.Rugi kalau pergi melancong tak merasa makanan tempatan kat situ.

4.Pengembaran idaman.
Sekali melangkah ke negara orang kita kena terus melangkah.Terokai tempat baru.Pergi ke tempat-tempat yang kita idam-idamkan.Pastikan ia menjadi satu kenangan yang paling indah dalam hidup korang.Nikmati suasana kedamaian bersama-sama dengan orang yang tersayang.Jika datang berdua.

Kenapa Perlu Melancong

Jadi,apa tunggu lagi.Persoalan kenapa perlu melancong telah cuba saya jawab.sekadar pemahaman saya.Jom Booking percutian korang sekarang.Kalau nak dapatkan tiket penerbangan murah kena booking awal.Jimat belanja. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...