Operasi Gempur Nyamuk Denggi.

Minggu ni kena buat Operasi Gempur Nyamuk Denggi kawasan rumah,rasa seram pulak dengar berita sekarang ni sebab dah musim demam denggi.Tengok keliling rumah rumput  dah tinggi separas dengan anak saya yang dua tahun tu..haha nampak sangat dah lama tak tengok keliling rumah.Nak kata sibuk sangat tu tak adalah sangat kan.Duduk kampung ni lain macam sikit tak sama macam tinggal kat area taman atau apartment.Tinggal kat kampung kalau malas nak buat kerja-kerja pembersihan memang kawasan rumah tu nanti akan jadi semak samun dah macam tinggal kat hutan la pulak.


pelaburan public mutual
Operasi bermula seawal jam 8 pagi.Dimulakan dengan aktiviti memotong rumput dulu.Kemudian baru kita racun kawasan-kawasan yang agak berumput degil.

pelaburan public mutual

Lepas ni sapa yang memerlukan perkhidmatan memotong rumput JANGAN panggil saya.Sebab saya tak sanggup nak buat.Ni pun di tahan .Dah lama tak guna senjata ni.habis gigil tangan lepas guna.ha ha...Tak ganas langsung.Apa yang penting tugasan saya dah selesai untuk minggu ni.
Mencegah itu kan lebih baik dari mengubati.Semalam salah seorang dari rakan saya telah kembali ke Rahmatullah akibat demam denggi dan jangkitan kuman di paru.paru nya.Al-Fatihah untuk arwah dan semoga roh nya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Masa dia dah sampai,masa kita belum tahu lagi bila.BERSEDIAKAH KITA.
Kalau belum sedia masih ada masa lagi.Ok lah teruskan cerita denggi.Demam denggi ni bagi saya kita boleh nak jangka.Sebab tak semestinya kita terkena gigitan nyamuk di kawasan rumah kita.Sebab nyamuk ada dimana-mana.Mana tau masa kita bersiar-siar atau bercuti ,masa tu nyamuk tu gigit.Ikut nasib la senang cerita.ALLAH punya kuasa.kita hanya mampu merancang.
Oklah tangan pun dah gigil ni,sebab gegaran dari mesin rumput tadi.Saya nak berehat dulu dan nanti nak sambung update mana yang patut. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...