Warong Warisan Asli Terbaik di Klang.

warong warisan asli

Warong Warisan Asli Terbaik di Klang - Sebenarnya ini firts time aku ke sini,kalau sebelum ni aku lalu jer kat restoran ni.Nampaknya kali ni aku macam nak try, test dan cuba makan tengahari kat sini.Kalau pergi time kerja restoran ni penuh dengan pelanggan.Harini nampak macam lengang langsung tiada pelanggan.So,aku memang suka.sunyi sikit.Selepas membeli barang keperluan dapur tadi kat pasaraya Tesco ,perut pun mula la rasa lapar kan.Actually restoran ni berdekatan dengan pasaraya Tesco dan Giant di Bukit Tinggi Klang.



warong warisan asli
warong warisan asli
Asam pedas nya memang best.

Restoran ni berkonsepkan warisan asli melayu,disini ada menyediakan menu ala-ala kampung dengan harga yang berpatutan.Disebabkan aku tak tau nak makan apa,mereka mencadangkan aku ambil set 2 menu ala-ala kampung,dalam set 2 ni ada ulam-ulaman,ayam goreng,sayur kangkung dan asam pedas ikan tenggiri serta sambal belacan.Harganya pun berpatutan hanya RM 32 sahaja.(tidak termasuk air).Memang sedap,habis licin aku dengan wife aku makan .Asam pedas dengan sayur kangkung tu memenuhi citarasa kami berdua.sangat-sangat awesome.Anak-anak just makan ayam goreng jer.biasalah budak-budak.
Warong Warisan Asli , juga ada menyediakan menu western dan pelbagai pilihan makanan lain.bak kata orang macam-macam ada kat sini.
Bagi yang ingin menempah tempat untuk majlis keramaian mereka ada menyediakan ruang khas di tingkat atas yang boleh memuatkan sekitar 50 orang.Surau juga ada disedikan di tingkat atas.Bagi mereka yang meminati seni warisan melayu boleh datang kesini untuk menikmati suasana nya.

warong warisan asli
Makan dalam suasana romantik di pondok-pondok kancil yang disedikan di dalam restoran.(gambar ni ehsan dari member lain)sebab masa saya datang takda orang lain.

warong warisan asli
masing-masing tergoda tengok kek secret recipe.
warong warisan asli
Kek secret recipe juga terdapat disini.

warong warisan asli
Pelbagai pilihan bubur yang di sediakan dalam periuk tanah.

warong warisan asli
Tahap kebersihan Warong Warisan Asli adalah pada kategori "B".

warong warisan asli
Kaunter bayaran yang cukup kreatif dan berinovasi.

Bagi aku Warong Warisan Asli ni memang best.Makanan yang disediakan sangat-sangat sedap.in shaa ALLAH lain kali kami berkunjung lagi ke sini.bukan jauh pun ,Perjalanan hanya 20 minit dari Sijangkang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...