Jimatkan penggunaan petrol.

Sedar atau tidak,setiap hari kita terpaksa menggunakan petrol samaada banyak atau sedikit bergantung kepada jarak perjalanan.Bagi saya petrol adalah salah satu perkara yang penting,dan ia juga salah satu perkara yang perlu di kawal penggunaannya.Sebab ,almaklum saja selepas kenaikan demi kenaikan tanpa ada penurunun ni,saya rasa petrol merupakan salah satu penyumbang utama ketirisan poket setiap rakyat Malaysia.Sebenarnya penggunaan petrol boleh dikawal jika anda nak.memang jimatnya tak banyak tapi its ok lah,dari tak jimat langsung.Moh kita sama-sama cuba panduan berikut:-


jimat minyak


1.Bawa kenderaan jangan terlalu laju,bawak biasa-biasa jer.
Jangan terlalu laju dan jangan terlalu perlahan nanti orang marah.kelajuan 70 - 90 km/sejam merupakan kelajuan yang dicadangkan.Yang penting patuhi had laju dan sentiasa berada dilorong yang betul.Nanti kena speedtrap susah.Tahukah anda?semakin laju kereta ,semakin banyak petrol yang
digunakan.Memandu lebih 90 kilometer sejam akan meningkatkan kadar penggunaan petrol secara ketara.
Pada kelajuan,100 km/j,penggunaan petrol bertambah 10 peratus,105 km/j bertambah 15 peratus dan 110 km/j bertambah sebanyak 25 peratus.Setiap kelajuan paras petrol yang dibakar adalah berbeza.

2.Servis kenderaan ikut jadual.
Enjin yang di servis mengikut jadual akan berfungsi dengan baik.Pastikan anda membuat servis kenderaan anda ON TIME. Dengan membuat servis pada masanya bukan sahaja menjimatkan wang anda dari segi penggunaan petrol tetapi juga mengelakkan anda daripada mengeluarkan lebih banyak wang untuk kos pembaikkan akibat rosak.

3.Sentiasa periksa angin pada tayar.
Tahap angin bergantung pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan.Sebaiknya,periksa tekanan tayar pada setiap minggu,penjagaan tayar yang baik akan memastikan tahap cengkaman tayar berada pada tahap yang baik dan pada masa yang sama dapat memanjangkan jangka hayat tayar daripada haus dengan cepat.Jika tayar kurang angin ,pengunaan petrol juga lebih kerana faktor beban pada tayar.

4.Kawal penggunaan penghawa dingin.
Gunakan penghawa dingin jika perlu sahaja,waktu pagi dan malam saya rasa tak perlu untuk guna aircond.buka tingkap sedikit untuk pengudaraan .

5.Buka tingkap separuh sahaja.
Untuk mengelakkan tekanan angin daripada luar ,jika anda buka luas-luas kenderaan anda akan jadi berat sebab angin dah masuk terlalu banyak .Memadai buka separuh sahaja.

6.Kurangkan beban.
Keluarkan barang-barang yang tidak perlu dalam kenderaaan anda.Semakin banyak beban ,semakin banyak penggunaan petrol.Penambahan berat meningkatkan 2 peratus penggunaan petrol.

7.Matikan enjin jika perlu.
Biasanya jika kita menunggu seseorang didalam kereta pasti enjin di hidupkan,jika lama ,just matikan enjin sahaja .tunggu diluar jika panas.

8.Gunakan gear yang sesuai.
Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan jika anda memilih mode manual.Jika gunakan gear rendah pada kelajuan yang tinggi sudah tentu membazirkan petrol kerana enjin terpaksa kerja kuat.Jika mendaki bukit ,jangan gunakan gear  tinggi kerana pasti enjin tak mampu mendaki,gunakan gear rendah.Ini boleh menyelamatkan gear anda dari cepat rosak.

9.Jangan brek mengejut.
Jika anda sudah tahu dimana nak berhenti ,perlahankan kenderaan secara perlahan-lahan.Elakkan brek secara mengejut kerana ia akan menyebabkan enjin anda terkejut dan sekaligus meningkatkan pengunaan petrol.

10.Rancang tujuan dan arah perjalanan anda.
Pilih laluan yang kurang kesesakan lalulintas bagi menjimatkan masa dan wang juga mengelakkan dari tekanan perasaan.Seperkara lagi,gunakan sehabis baik perjananan pergi dan balik dari kerja untuk tujuan membeli barang-barang keperluan.singgah jika perlu.Jadi tak perlulah nak keluar  lagi selepas balik kerumah .
11.Kurangkan perjalanan jarak dekat.
Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ia meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus.sebaiknya naik motor sahaja ataupun berbasikal.

12.Guna alternatif lain.
Gunakan NGV,Jika anda berminat,ia kerana ia dapat menjimatkan sangat banyak penggunaan petrol anda dan perjanan lebih jauh.Selain itu NGV juga lebih mesra alam dan kurang pencemaran .

13.Elak keluar.
Untuk pembayaran bil utiliti jika boleh bayar saja secara online.sangat mudah dan jimat kos petrol ,parking dan masa. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...