Kad Skuad Pengguna.

Baru-baru ini saya mendaftarkan diri sebagai ahli Skuad Pengguna .Mulanya saya tak berapa nak tahu tujuan saya daftar kad tersebut dan tak tahu pun apa fungsi dia.Disebabkan percuma saya daftar terus.Masa tu ,saya daftar kat booth PWTC.Opsss...saya kesana bukan untuk persidangan UMNO yer ,jangan salah faham pulak.Saya ke sana sebab untuk tujuan berjumpa dengan Bos Cellads yang buka booth kat situ.Saya kesana bersama Presiden blooggers mrjocko dan farid .Politik saya tak berapa berkenan sebenarnya...lupakan tentang politik sat....lain kali sambung.

kad skuad pengguna


Ni la dia Kad Skuad Pengguna  saya.kad siap dalam 2 minit masa tu.Selepas daftar baru saya tanya apa faedah saya jadi ahli .Aweks tu cakap (kakitangan yang bertugas masa tu) keistimewaan KAD SKUAD PENGGUNA ni ialah kad diskaun ( loyalty card ) yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat kepada anggota-anggota SKUAD PENGGUNA.Ia mempunyai tiga fungsi iaitu sebagai.

**KAD DISKAUN
**KAD LOYALTY
**KAD PENGENALAN DIRI SEBAGAI ANGGOTA SKUAD PENGGUNA

So,dengan menjadi ahli kita akan dapat diskaun ke atas produk atau perkhidmatan yang di tawarkan oleh premis yang mengambil bahagian ( rakan dagang ) yang menyertai program keistimewaan ini.

Lain-lain keistimewaan yang ada sebagai ahli SKUAD PENGGUNA ,kita boleh melaporkan trend harga dan isu-isu kepenggunaan di kawasan setempat,menyebarkan maklumat kepenggunaan,menjadi pemangkin untuk gaya hidup lestari dan pencinta alam sekitar serta dapat mengendalikan program atau aktiviti kepenggunaan setempat.
Antara premis-premis yang mengambil bahagian dalam SKUAD PENGGUNA ini adalah seperti MPH BOOKSTORES SDN BHD,RAKYAT TRAVEL SDN BHD,STAR CRUISE TRAVEL SERVICES(M)SDN BHD,KOPERASI KAKITANGAN BERNAS BHD DAN banyak lagi .Diskaun yang diberikan dari 5 peratus sehingga 30 peratus.Untuk mendapatkan lebih maklumat uolss boleh melayari lama web yang berkenaan. 1pengguna.com/skuadpengguna .

Mesej yang hendak di sampaikan ,JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK.

Ketahui 8 hak-hak anda .
1-hak untuk mendapat keperluan asas.
2-hak untuk membuat pilihan.
3-hak untuk mendapat maklumat.
4-hak untuk mendapat gantirugi.
5-hak untuk mendapat perkhidmatan dan barangan yang selamat.
6-hak untuk menyuarakan pendapat.
7-hak untuk mendapat pendidikan pengguna.
8-hak untuk mendapat alam sekitar yang bersih dan selamat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...