Cimb bank servis mengecewakan

Ingatkan pergi bank petang line clear.Rupa-rupanya hampeh.Selama ni aku dengar dari mulut orang yang service Cimb bank ( telok panglima garang ) ni lembab.So,aku pun try petang ni dengan menunggang motor EGO.Nak naik kereta malas , susah nak parking kat kawasan tu.Silap-silap takda parking.Aku tengok ramai orang kat dalam bank.Aku parking motor betul-betul kat depan bank.Lepas ambik no giliran tengok kiri kanan ,ramai juga yang berdiri.Tengok kat depan ada satu kerusi kosong,so apalagi duduk ler aku.
Dekat satu jam aku kat dalam bank, tapi no giliran tak gerak-gerak.Aku jeling jiran sebelah no dia 1164 sedangkan no aku 1191...haha..jam dah pukul 4 .Bila mau setle...aku tengok semua staff bekerja dalam keadaan bersahaja tanpa menghiraukan pelanggan yang ramai. ..Tujuan aku nak bank-in duit company sebab semua duit seringgit dengan nak check ada berapa baki akaun.Almaklum saje , sekolah dah nak buka, siap sedia untuk meneruskan business yang dah rehat selama sebulan lebih ni.
Nampak gayanya kalau macam ni , esok baru boleh .
Kesimpulannya kat sini, servis Cimb bank di semua cawangan yang aku pernah pergi memang agak lembab,berbanding kalau pergi kat P****C B**K.Sepantas kilat service dia. Kenapa  yer? Kalau ada warga Cimb yang baca post ni tolong bagi komen.Kami sebagai pelanggan merasa amat kecewa dengan servis yang diberikan.
Kesian pakcik kat belakang aku ,siap mengeluh bagai dia aku dengar.aku tengok dia pegang buku ASB.nak keluar duit agaknya.

Tak da luck no ni harini.aku terpaksa balik sebelum waktunya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...