Paragliding di Bukit Jugra,Banting.

BUKIT JUGRA

Sukan paragliding merupakan salah satu sukan yang boleh dikategorikan sebagai sukan ekstrem sebab ia memerlukan keberanian yang kuat dari segi mental dan jasmani.Sapa yang kuat gayat saya rasa boleh cuba kot!!mana tahu lepas tu hilang perasaan gayat tu.Untuk yang nak mencuba sukan paragliding ni boleh datang sendiri atau secara berkumpulan ke  Bukit Jugra ,banting,Selangor.Kalau tak tahu boleh cari kat google maps.Lokasi lain yang saya tahu Gunung Ledang Bukit Chendering,Terengganu,Bahau dan Bukit Sendayan di Negeri Sembilan.

SUKAN PARAGLIDING

Jadi sapa-sapa yang nak cuba  boleh terus ke Bukit Jugra,Banting.Kalau datang dari arah Klang ,boleh ikut susur Pulau Carey untuk jarak perjalanan yang lebih dekat.Bagi yang belum pernah try ,korang akan terbang berdua bersama jurupandu ,itu diaorang panggil tandem paragliding,sebab kalau orang baru cuba nak terbang sorang-sorang saya rasa boleh sampai ke Sumatera rasanya.kan ke masalah tu..hehe just joke,belum pernah jadi pun.Boleh datang setiap sabtu dan ahad,biasanya diaorang akan bermula pada jam 10 pagi bergantung pada keadaan cuaca,jika cuaca cerah dan keadaan angin menepati ciri-ciri yang dikehendaki baru mereka akan bawa kita terbang.
sukan paragliding
paragliding bukit jugra
tempat bermula

sukan paragliding
sukan paragliding
kawasan landing

Actually saya sendiri pun masih belum mencuba sukan paragliding ni,sebab saya kuat gayat,boleh pengsan rasanya kalau saya cuba ,sebab saya pernah tanya, ketinggian yang biasa adalah 300 meter dari aras laut dan ada yang mencecah sehingga 2000 meter...memang gayat habis...masa di udara mengambil masa 10-15 minit...
Kos yang diperlukan untuk sukan paragliding ni sekitar RM120 hingga RM200 tak mahal manapun kalau nak dibandingkan dengan keseronokan yang bakal kita nikmati.Terbang bagaikan burung ,bebas diudara.
kalau nak murah kena ambik lesen sendiri ,itu bergantung pada anda,kos nya sekitar RM1500 dan perlu menghadiri kelas selama 4 hari.Dan bila dah dapat lesen korang boleh guna equipment diorang hanya dengan kos RM30 sahaja.maknanya modal besar sekali dan dapat murah berkali-kali.
Kalau nak beli sendiri pun boleh kos untuk parachute sekitar RM10,000 sahaja.
RUMAH API

Kat atas Bukit Jugra tu juga terdapat Rumah api atau Menara konkrit putih yang dibina pada tahun 1976 salah satu peninggalan sejarah yang masih terdapat di Banting,Rumah Api ni menghadap ke arah Selat Melaka dan berketinggian 25 meter .Manakala tinggi dari aras laut adalah 146 meter.

balai cerap
balai cerap

Di Bukit Jugra digunakan sebagai balai cerap oleh jabatan Mufti Selangor .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...