Tarif Elektrik akan dinaikkan 2014.

Agak-agak berita ni ,berita yang mengembirakan atau berita yang mendukacitakan kita semua sebagai rakyat Malaysia.Walau apa pun yang terjadi Tarif Elektrik tetap akan dinaikkan menjelang 2014 nanti.Dan ia akan di umumkan oleh kerajaan pada hari isnin di Parlimen.Kadar kenaikan yang akan di umumkan nanti adalah sebanyak 15% atau 4.9 sen setiap kilowatt sejam (kWj).

TARIF ELEKTRIK 2014


Jika sebelum ini yang kita semua sudah sedia maklum yang kita sudah menghadapi dengan kenaikan harga petrol,gula dan astro .Saya rasa itupun sudah cukup untuk menyesakkan nafas kita semua.Sedar atau tidak kenaikan bahan-bahan dan perkhidmatan tersebut akan memberi kesan yang besar kepada cara hidup kita.sebab kita terpaksa menghadapi kenaikan harga-harga barang di pasaran.Bak kata kawan saya.."memang mampui la kita lepas ni".
Antara alasan yang diberikan oleh kerajaan untuk kenaikan tarif elektrik pada 2014 nanti adalah bagi memastikan daya saing jangka panjang malaysia dan kemampanan sektor kuasa.Pelan ini adalah untuk mengurangkan jumlah subsidi kepada RM39.4 bilion tahun depan daripada hampir RM47 bilion diperuntukkan untuk pelbagai subsidi, insentif dan bantuan pada 2013.
Kadar tarif purata di Malaysia adalah 33.5 sen per kWj,iaitu kira-kira 8.5 sen ,atau 25.3% dibawah "kos sebenar" kuasa dianggarkan 42 sen per kWj.Menurut sumber tarif elektrik kali terakhir di naikkan pada jun 2011.
Nampaknya selepas ini kenalah kita menjalankan kempen berjimat cermat dengan penggunaan elektrik di rumah.
Saya juga ada dengar yang  Astro pun akan menaikkan lagi kos perkhidmatannya untuk tahun depan.Apa yang perlu dibuat untuk kita menghadapi pelbagai kenaikan bahan dan perkhidmatan ni adalah dengan cara menambahkan sumber pendapatan.Buatlah apa yang dirasakan patut.janji halal.Jika kita bergantung pada satu sumber pendapatan saja memang tak cukup.Bersedia itu lebih baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...