Ustaz ,Mu Tunggu Aku Datang memang best.

Ustaz ,Mu Tunggu Aku Datang

Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang arahan Pierre Andre  merupakan filem komedi islamik yang terbaik pernah saya tengok.Dah lama saya tunggu filem yang macam ni.Berkonsepkan islam dan banyak pengajaran yang boleh kita pelajari dari filem tersebut.Dan filem ini telah berjaya meraih RM1.4 juta kutipan selama 4 hari tayangan diseluruh pawagam di Malaysia.Sambutan yang agak luarbiasa.Mungkin sebab  gandingan Ustaz Azhar Idrus dan kumpulan shiro rajalawak.

Sinopsis pendek , filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan perjalanan hidup dua anak muda yang  ingin kembali ke jalan ALLAH yang bernama Dadu dan Muis .Banyak adegan-adegan yang mencuit hati penonton dan pengajaran yang ada sepanjang perjalanan mereka berdua untuk kembali ke jalan ALLAH .Mungkin ada yang tertanya-tanya , Ustaz Azhar Idrus sebagai apa dalam filem ni kan? Pandai ke ustaz berlakon?
Kalau nak tau kena datang sendiri.memang tak kering gusi sepanjang masa.memang best.untuk pengetahuan semua.Dalam Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang ni , langsung tiada pelakon wanita yang terlibat.

Memang terbaik.Harap - harap lepas ni , akan ada lebih banyak lagi filem yang macam ni.Anak-anak saya tak henti-henti ketawa.seronok katanya.Shiro dan Ustaz buat lawak.
Apa yang paling saya tertarik dalam filem ni,banyak scene yang memperkenalkan tentang dunia Tabligh yang selama ini tidak berapa di hiraukan oleh masyarakat Malaysia.

Antara pelakon yang menjayakan Filem Ustaz,Mu Tunggu Aku Datang.


pierre andree
Pierre Andree - Pengarah dan pelakon pembantu.

shahrul shiro
Shahrul shiro - Sebagai Dadu - Pelakon Utama

ajak shiro
Ajak Shiro - Sebagai Muis - Pelakon Utama

along eyzendy
Along Eyzendy - Sebagai Hamzah - Pelakon Pembantu

mikail andre
Mikail Andre - Sebagai Mat Polis - Pelakon Pembantu

zalif sidek
Zalif Sidek - Sebagai Bagok - Pelakon pembantu

ustaz azhar idrus
Ustaz Azhar Idrus - Sebagai Ustaz - Pelakon ???

Terbitan Metrowealth Movies Production Sdn Bhd.

Jom ramai-ramai pakat serang panggung yang terdekat dengan rumah anda.Saya boleh bagi empat bintang untuk filem ini kerana ia menepati citarasa ramai terutamanya umat islam di Malaysia Khasnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...