Azam Tahun Baru

azam tahun baru

Seperti kebiasaan setiap kali bila menjelang tahun baru pasti semua orang akan membuat azam baru.Pelbagai jenis azam akan diberikan jika ditanya seorang demi seorang.Dari golongan pelajar sehinggalah golongan yang bekerja.Azam demi azam yang dibuat setiap tahun.Ada azam yang tercapai dan ada juga yang tidak terlaksana bergantung kepada usaha masing-masing.
Bagi saya pula, jika ditanya tentang apa azam baru saya pada tahun
2014,saya akan katakan bahawa saya akan completekan azam saya yang masih belum selesai pada tahun 2012 dan 2013.Apa gunanya jika saya buat azam baru dan tinggalkan azam lama.Sedangkan azam lama baru progress dalam 20-30 peratus sahaja.Lebih baik saya selesaikan yang lama dahulu.Terus terang saya katakan buat azam memang senang semudah abc, tapi untuk melaksanakannya memerlukan banyak pengorbanan, bergantung pada apa yang di impikan.
Kesimpulannya disini azam saya pada tahun 2014 adalah menyelesaikan azam yang belum selesai.Bagaimana pula dengan korang? Apa azam baru? Ataupun masih sama seperti saya? Apapun azam korang yang penting kita istiqomah dalam melaksanakannya.
Semoga kita semua menjadi golongan yang berjaya di dunia dan akhirat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...