Hotel Murah Di Kuala Terengganu.

Akhirnya berjaya juga saya sampai ke Kuala Terengganu,Salah satu dari dua negeri di Semenanjung Malaysia yang  belum pernah saya kunjungi.Sekarang tinggal satu negeri lagi iaitu Kelantan.In Shaa ALLAH,mungkin tahun 2014 akan ke Kelantan pula.Di Kuala Terengganu saya menginap di Sumai Hotel Apartment, satu-satunya hotel yang menyediakan kemudahan penginapan apartment kepada para pengunjungnya.Ia adalah antara Hotel Murah Di Kuala Terengganu.Kedatangan saya dan 9 rakan blooggers yang lain di sambut dengan penuh mesra oleh kakitangan Sumai Hotel.


sumai hotel apartment

Sumai Hotel Apartment terletak di Pantai Batu Buruk ,Kuala Terengganu,berdekatan dengan Hospital Sultanah Nur Zahariah dan Masjid Al-Muktafi Billah Shah.Juga berdekatan dengan Dataran Shah Bandar,Astaka Shopping Complex dan Pasar Payang.
Perjalanan saya dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas mengambil masa lebih kurang lapan jam,naik kebas punggung dibuatnya.Apa yang membuatkan saya tertarik dengan Sumai Hotel  ni adalah kerana pemiliknya merupakan orang melayu.Dalam hati saya berbisik "Alhamdulillah,ada juga orang melayu yang buka Hotel'',Sumai Hotel Apartment,satu-satunya hotel murah di Kuala Terengganu yang ada menyediakan pelbagai jenis pakej penginapan untuk pengunjungnya.Memang seronok ,bilik Apartment yang selesa,anda boleh pilih pakej bilik apartment mana yang bersesuaian dengan bilangan keluarga anda,Antara pakej penginapan yang di sediakan:-

1.Superior Apartment (4 bilik (*1 Queen size) + sarapan untuk 4 orang)
2 bilik air + dapur kecil + peti sejuk +  ruang makan + ruang tamu
Harga RM487.20 nett

sumai hotel apartment

2.Deluxe Apartment (3 bilik (*1 Queen size) + sarapan untuk 4 orang)
2 bilik air + dapur kecil + peti sejuk + ruang makan + ruang tamu
Harga RM435 nett

sumai hotel apartment

3.Standard Apartment (2 bilik (*1 Queen size)  + sarapan untuk 3 orang)
2 bilik air + dapur kecil + peti sejuk + ruang makan + ruang tamu
Harga RM365 nett

sumai hotel apartment

4.Studio Room (1 katil besar +  sarapan untuk 2 orang)
1 bilik air + ruang tamu + peti sejuk
RM284.20 nett

sumai hotel apartment


5.Suite Room (2 katil bujang  + sarapan untuk 2 orang)
1 bilik air + peti sejuk
RM191.40 nett
sumai hotel apartment


Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah.Pada pendapat saya,selama saya berada di Sumai Hotel Apartment ni memang best. Dengan keadaan bilik yang selesa di tambah lagi dengan layanan staff Hotel yang sentiasa memberikan kerjasama bila khidmat mereka di perlukan.Jika anda datang dengan keluarga yang besar atau ramai ataupun anda datang untuk Honey moon maka Sumai Hotel Apartment adalah tempatnya.Kerana apa?Sebab disini terdapat pelbagai pilihan penginapan untuk anda dari yang murah sehingga yang paling murah.!!!unit paling mahal disini Unit Pent House cuma terdapat beberapa unit sahaja dan terhad.Harga untuk satu malam sekitar RM1200.Kalau anda mampu ,silakan ,tidak menjadi masalah yang penting keselesaan anda di utamakan.Betul tak?
Ada pakej Istimewa untuk pembaca blog Jaymiee dot com.Teruskan membaca saya akan beritahu di akhir entry ini nanti.bawa bersabar.
Okay,Habis cerita pasal penginapan dan bilik.Sekarang saya nak kongsikan kemudahan lain yang terdapat di Sumai Hotel Apartment ni,Disini juga terdapat swimming pool lokasinya berada di tingkat bawah.Berada betul-betul kat bawah Restoran Bintang Laut dan berhadapan dengan pintu Masuk utama.

sumai hotel apartment

Selepas penat melakukan pelbagai aktiviti seperti bersiar-siar dan melawat kawasan sekitar  dan berjalan-jalan di pantai badan mungkin terasa sengal-sengal dan lesu.mungkin ada rasa mengantuk sedikit.Jangan risau anda boleh segarkan badan anda semula dengan kerusi urut elektrik yang di sediakan di ruang Lobi.(kena bayar tau,bukan percuma)

sumai hotel apartment

Bagi anda yang ingin update atau suka melayari internet di Sumai Hotel juga ada menyediakan kemudahan wife dan ruang komputer di bahagian lobi.Untuk WIFI kawasan liputan di seluruh kawasan hotel.Jadi anda tak perlu risau hubungan anda dengan dunia siber takkan terputus .haha.Untuk yang ini percuma.tiada bayaran tambahan diperlukan.Surau juga ada di sediakan di bahagian lobi.

sumai hotel apartment

Okay sampai masanya saya nak bagitau tentang offer yang saya sebutkan tadi.Jika selepas ini anda berhasrat untuk menginap di Sumai Hotel Apartment antara Hotel Murah di Kuala Terengganu ni.Anda boleh dapatkan pada harga istimewa sebagai penghargaan saya anda singgah ke blog jaymiee dot com.sila lihat pada lampiran dibawah untuk tawaran yang diberikan.
sumai hotel apartment

Untuk tempahan sila ikuti cara-cara dibawah ini.Selamat menikmati suasana yang penuh keselesaan dan selamat bercuti.

sumai hotel apartment

Untuk pakej bilik seminar akan saya kongsikan pada entry akan datang.Stay keep in touch dengan blog jaymiee dot com.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...