Tempat menarik di Kuala Terengganu

Assalamualaikum...

Nampaknya dua atau tiga entry saya kali ini banyak menceritakan tentang Kuala Terengganu.Maklum sajalah, baru balik dari sana minggu lepas, so , banyak cerita dan pengalaman yang hendak saya kongsikan bersama dengan pembaca blog jaymiee dot com ni.

Kali ini saya nak kongsikan tempat menarik di Kuala Terengganu.Lokasi pertama adalah Pantai Batu burok, sesuai untuk mereka yang suka bersantai.semasa saya dan 9 bloggers berada disini keadaan pantai sangat bergelora, jadi kami semua dinasihatkan supaya tidak mandi pantai.Sangat-sangat merbahaya kepada semua pengunjung.Cuma boleh bersiar-siar sahaja.
Kemudian kami semua di bawa oleh Pihak Sumai Hotel ke Taman Panorama yang terletak di Bukit Pak Apil.lokasinya hanya 10 minit dari sumai hotel. Dari Taman Panorama ini ,Taman ini terletak di atas bukit.Kami dapat menyaksikan  pemandangan sekitar Kuala Terengganu.Agak tenang sekali.Kebetulan masa kami berada disitu cuaca hujan renyai-renyai.sungguh mengasyikkan.Diatas Bukit Panorama terdapat Restoran yang dibuka dari petang hingga larut malam.Boleh booking  kalau nak buat sebarang acara kat atas tu.Set karaoke semua ada disediakan.


taman panorama

Selepas makan tengahari kami bergerak ke Muzium Negeri Terengganu, lokasinya tidak berapa jauh dari Taman Panorama tadi.
Kos untuk masuk ke Muzium untuk dewasa RM7 manakala RM2 untuk kanak-kanak.Untuk pelajar berseragam sekolah RM1.
Dan untuk bukan warganegara RM15 Dewasa dan RM10 Kanak-kanak.
Dibuka pada jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali pada hari jumaat 9-12tengahari dan 3 ptg hingga 5 petang.

muzium negeri terengganu

Terdapat pelbagai barang bersejarah yang ada disitu.Selepas meminta izin dengan pihak pengurusan untuk mengambil gambar kami semua dibawa masuk dan di selia oleh En.Ahmad Khairul Herman Rozdi.

muzium negeri terengganu

Memang menarik.Bagi peminat sejarah boleh datang ke Muzium Negeri ni.Banyak yang boleh di pelajari disini.Ilmu macam-macam boleh dapat.
Kebetulan pula pada hari tersebut ada pameran ular, jadi kami semua tengok persembahan ular dulu sebelum balik ke Sumai Hotel.Pelbagai jenis ular di pertontonkan.

muzium negeri terengganu
muzium negeri terengganu
first time pegang ular.

Pada waktu malam jika bosan, selain lepak kat pantai, kita juga boleh ke Pulau Warisan.suasana kat situ sama macam kat ICT .banyak lampu-lampu.sesuai untuk pasangan yang bercinta.
Hari kedua selepas sarapan pagi kami meneruskan aktiviti untuk menjelajah tempat menarik di Kuala Terengganu.Lokasi seterusnya ke Taman Tamadun Islam.Untuk masuk kesini kadar bayaran :-


Dewasa - RM20
Warga emas ( 60 tahun keatas ) - RM15
Kanak-kanak ( 7 hingga 12 tahun ) - RM15
Kanak-kanak ( 6 tahun kebawah ) - Percuma

waktu operasi isnin hingga khamis dibuka dari jam 10 pagi hingga 7 malam.
Jumaat,sabtu,ahad,cuti sekolah dan cuti umum terpilih pula dibuka dari jam 9 hingga 7 malam.

Tutup setiap selasa kecuali cuti sekolah dan cuti umum terpilih.

taman tamadun islam


Kat dalam Taman Tamadun Islam ni ada lebih kurang 23 monumen Islam  dari seluruh dunia.Datang kesini dah macam kita pergi berada di pelbagai negara.Jadilah bukan senang nak pergi satu tempat ada pelbagai jenis monumen berbentuk replika sebenar.Kawasan agak luas.untuk mengelilingi kawasan Taman Tamadun Islam korang boleh naik trem atau kenderaan yang disediakan dengan sedikit bayaran seperti tertera kat gambar ni.

taman tamadun islam
taman tamadun islam

Tak sah kalau anda ke Taman Tamadun Islam jika anda tidak naik TTI RIVER Cruise yang disediakan.kita boleh lihat Pandangan Kuala Terengganu dari arah sungai.Kita akan dibawa satu pusingan untuk menikmati keindahan panorama alam selama 45 minit dengan bayaran RM20 untuk dewasa,RM15 untuk kanak-kanak dan warga emas.

TTI RIVER CRUISE

Kami juga sempat untuk buat batik sendiri di STR SDN BHD.Kalau nak beli batik kat sini pun boleh.Harganya pun menarik.

PROSES BATIK

Satu pengalaman penuh bermakna buat kami semua kerana kami diberikan peluang untuk mencanting dan mewarna batik.Susah juga rupanya buat batik ni? Patutlah harganya agak mahal.


mencanting batik
mencanting batik

Ikut jadual kami akan lihat bengkel tembaga dan melihat sendiri proses pembuatan tembaga.Tapi kebetulan pula orang yang bekerja pada hari tersebut bercuti sebab ada urusan lain.Jadi kami hanya dapat pihat tembaga yang dah siap sahaja.
So, demikianlah kisah perjalanan  saya dan 9 rakan bloggers ke tempat menarik di Kuala Terengganu.Pengalaman yang amat sukar untuk dilupakan.Terengganu kami akan datang lagi.Sumai Hotel Apartment kami akan datang lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...