Cara mudah nak bakar kalori.

Cara mudah nak bakar kalori.

Ada orang kata bukan mudah nak turunkan berat badan jika lemak dah mula menguasai diri...Aku sebenarnya dalam proses nak turunkan berat badan,tapi aku rasa masuk kali ni dah kali berapa aku cakap pun dah lupa....hanya sekadar angan-angan mat jenin.

Satu hari atau dua hari mungkin masih bersemangat untuk bersenam dengan berjogging.Masuk hari ke tiga dan seterusnya,mula la rasa malas.

Bila berat badan dah mula naik,macam-macam masalah timbul,kaki sakit sebab badan dah berat,kaki tak boleh nak menampung berat badan,pinggang dah mula ketat kira takda cutting dah...

Dagu mula berlapis,pipi jadi menembam,seluar mula mengecil...haha....

Baju semakin jadi body fit....macam abang sado,tapi perut ke depan.

faktor-faktor lain adalah kesihatan mula terjejas.Mudah mengantuk dan malas nak mulakan sesuatu pekerjaan.Itu lah yang terjadi kat aku sekarang ni.

Aku perlu lakukan sesuatu....kali ni serius inshaa allah.

Bila aku mula tercari-cari apa langkah yang aku boleh buat untuk mengatasi masalah aku ni.Aku terjumpa artikel cara mudah nak bakar kalori tanpa perlu bersusah payah.

Untuk perhatian semua,ini hanyalah sebagai back up sahaja tau....Anyway kena juga bersenam dan jaga pemakanan.

Jom tengok apa dia cara mudah nak bakar kalori tu.

1.Minum minuman berkafein.

minum minuman berkafein

Jangan tak percaya dengan hanya meminum minuman yang berkafein ia mampu membakar lemak selama 3 jam.Korang boleh pilih sama ada nak minum kopi atau teh.


2.Duduk Tegak atas bola senaman.

duduk tegak atas bola senaman

Mulai esok cuba gantikan kerusi di pejabat dengan bola senaman...(kalau bos sporting ler).Sebab dengan cara ini ia mampu membakar lebih 260 kalori sehari berbanding duduk di kerusi.

3.Kurangkan makan Karbohidrat.

kurangkan makan karbohidrat

Perbanyakkan makan sayur dan buah.Cuba buat jadual makan nasi hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja.Itupun jika mampu.Kebanyakan yang aku tanya,memang sangat berkesan jika boleh kurangkan makan nasi.Ingat ye..kurangkan.Bukan langsung tak makan nasi.

4.Kunyah Chewing Gum.

kunyah chewing gum

Dengan mengunyah chewing gum dapat mengelakkan dari kita makan makanan ringan.Sebab aku sendiri bila dah boring buat kerja mesti nak cari makanan sampingan,Tau-tau banyak dah makan.Jadi mana tau dengan kunyah chewing gum boleh mengurangkan kalori yang masuk.

5.Suhu Bilik.

suhu bilik

Kalau kat rumah tu guna air cond,pastikan suhu dalam keadaan yang tidak terlalu sejuk.Bukan apa bila sejuk,nanti bila buat kerja rumah langsung tak keluar peluh.

Kat Office pun sama,agak-agak dah terlalu sejuk cuba tambahkan suhu ke suhu lebih tinggi.Boleh juga nak jimatkan bil elektrik.

6.Makan makanan Thai.

makan makanan thai

Kebanyakan makanan thai adalah pedas kerana ia menggunakan rempah ratus yang tersendiri.Secara tak langsung ia bakal membakar kalori sehingga 23 peratus.Sambil makan keluar peluh.Baru gempak.

7.Buat Senaman 2 kali seminggu.

buat senaman 2 kali seminggu

Kalau korang nak tau,sebenarnya kalau kita bersenam 3 kali seminggu kesannya sama macam kita bersenam 2 kali seminggu.Jadi kalau nak buat 2 kali seminggu pun dah cukup.Yang penting konsisten setiap minggu.

8.Gelisah.

gelisah

Gelisah pun boleh Bakar kalori ke?Nampak macam tak logik kan,Sebenarnya bila kita gelisah atau resah pasti kaki akan bergoyang.Secara tak langsung ia boleh membakar lebih kurang 100 kalori.Kena maintain gelisah dan risau la lepas ni...Tapi jangan gelisah yang besar-besar.....

9.Kurang Berpeluh.

kurang berpeluh

Anggapan salah tentang senaman,sebab ada yang menganggap keluar peluh banyak baru kalori terbakar banyak.Sebenarnya dengan hanya bersenam selama 10 minit secara sederhana sudah boleh membantu pusingan metabolisme selama 1 jam.Jadi buat senaman ringan pun dah ok,jangan paksa diri dengan senaman yang hard core.

Aku rasa 9 perkara cara mudah nak bakar kalori ni jika kita buat satu-satu pun dah cukup untuk kekal sihat.Perkongsian ni sebenarnya ditujukan khas buat diri aku yang semakin berat ni.Semasa artikel ini di tulis berat badan aku 86 kg.Dengan ketinggian 165 cm.

Target yang hendak dicapai dalam tempoh 2 bulan adalah 75 Kg.

Harap-harap impian menjadi kenyataan.

Sumber maklumat diperolehi dari hanasuva.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...