Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.

Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.

Buat pertama kalinya aku join program hiking macamni,Sebelum ni aku tak pernah mengikuti mana-mana program pun,zaman sekolah dulu pun aku cuma mengikuti acara merentas desa.Itu pun banyak berjalan dari berlari.Lagipun masa tu umur masih muda sekitar 17 tahun.Sekarang ni umur dah masuk 38 tahun.Selepas 21 tahun baru nak buat semua ni.....Tu yang semput.haha...Apapun semangat kena kuat.

Sebenarnya program ni dibuat bersama-sama dengan rakan-rakan kelab kebajikan Nurinsaniah Selangor.Kami namakan program ini Program Jom Sihat bersama Nurinsaniah.Jadi sebelum buat event yang melibatkan ramai peserta,kami pergi buat dulu sebagai latihan.

Lokasi setelah diputuskan kami semua pilih lokasi yang paling hampir dengan kediaman kami iaitu di Bukit Jugra,Banting.Nampak memang macam enteng....Bukit Jugra!!Tapi bagi aku sangat berat sebenarnya.Walaupun bagi yang lain-lain mereka rasa kerja mudah nak daki puncak jugra tu berbanding dengan Puncak Kinabalu.

Kalau korang nak tau seminggu sebelum nak buat pendakian,aku buat warming up di rumah dengan berjogging setiap hari.Alhamdulillah stamina masih ada.

Kepada yang tak tau di mana Bukit Jugra ni.Ia bertempat di Kampung Permatang Pasir Banting,Jika korang dari Shah Alam ia akan mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan.Bukan susah nak cari waze kan ada......
Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.
Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.

Sebelum buat pendakian kami buat sesi warming up dulu,kasi regang otot-otot yang mengecut ni.Kebanyakan yang join program ni adalah AJK Kelab Nurinsaniah.Nampak bersemangat semuanya.
Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.
Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.

Pendakian bermula pukul 8 pagi,aku difahamkan untuk sampai ke atas akan mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan,Bagi yang dah biasa mereka boleh sampai kat atas dalam 30 minit.Jarak perjalanan aku tak tau.Dan ketinggian pun aku tak tau.Apa yang aku tau,aku nak redah je..

Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.
Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.
Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.
Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.
Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.
Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.
Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.
Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.

Alhamdulillah,setelah mendaki hampir 1 jam kami semua selamat sampai ke Puncak Jugra.Walaupun semput tapi puashati.Mandi beb.....Habis basah baju.

Berehat dulu dalam 30 minit sebelum meneruskan perjalanan untuk turun kebawah.Aku di beritahu oleh member aku,nak turun ni memang nampak mudah,tapi sebenarnya adalah agak bahaya jika tidak berhati-hati,sebab dalam keadaan menurun kita akan bergerak laju,kemungkinan untuk bahagian kaki terkehel atau terseliuh adalah tinggi.

Mendaki ke Puncak Bukit Jugra.

Berakhir sudah pendakian ke puncak Jugra.Lain kali in shaa allah aku datang lagi.Kepada anda diluar sana yang belum pernah sampai ke Bukit Jugra boleh datang ke sini.Selain dari mendaki,anda juga boleh mencuba Paragliding,Disini juga ada kem motivasi untuk semua golongan.

Untuk pengetahuan anda,Bukit Jugra mempunyai 3 puncak bukit yang menempatkan Makam-makam di raja Selangor,Bangunan lama untuk para pembesar dan kerabat diraja Selangor,Rumah api setinggi 146 meter yang dibina pada tahun 1976 dan ditadbir oleh Jabatan Marin Malaysia. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...