Adakah website atau blog korang Mobile Friendly? Aku sendiri pun sebenarnya baru tahu pasal benda ni.Dalam era moden ni,aku rasa hampir kesemua orang yang guna handpone menggunakan smartphone betul tak?
Jadi disebabkan itulah akan menjadi satu kerugian sekiranya website atau blog korang tak Mobile Friendly.Rugi sangat-sangat.Kita ambik peluang yang disediakan oleh Pak Cik Google ni.So,tunggu apa lagi cuba check website atau blog korang kat sini ( MOBILE FRIENDLY TEST).
Ini contoh blog yang mobile Friendly,Jika blog korang menunjukkan keputusan selain dari gambarajah di atas ni.Sah lah yang blog korang tak Mobile Friendly.
Kelebihan bila blog anda Mobile Friendly.Pihak google akan memberi keutamaan di ranking search engine mereka.Peluang untuk blog anda mudah temui adalah sangat tinggi.Secara tak langsung uv blog pun akan menaik.Jangan harap blog cantik je tau.Perhiasan blog memang awesome tapi tiada value disisi google..haha....
Berita gembira yang aku terima juga adalah berkenaan Google Adsense yang dah terima blog berbahasa melayu untuk pengiklanan mereka.Satu evolusi ni.Terbaik lah google.Aku sebenarnya dah lama ada akaun Adsense tapi memang agak slow earning yang dapat.Harap-harap lepas ni boleh nampak peningkatannya.
Cara buat blog Mobile Friendly ni sangat mudah.Aku tunjuk hanya untuk mereka yang guna blogspot sahaja.Selain dari tu aku tak tau.Boleh rujuk kat Pak Cik Google yer.
First korang login ke akaun blogger dan klik pada bahagian Template.Akan terpapar gambar seperti di bawah ni.
Lepas tu klik kat no 2 pada seperti gambar di atas ni.Nanti dia akan keluar seperti kat bawah ni .Pilih Yes,show mobile template on mobile devices.Kalau korang pilih yang bawah tu,Nanti tak mesra smartphone.Okey jangan lupa "save".
Dah siapkan,Sekarang boleh cuba periksa sekali lagi di Mobile Friendly Test.Pastikan hasilnya seperti dibawah ni yer.Mudah je kan Cara buat blog Mobile Friendly ni.Semudah ABC.
Dah lama aku bercuti dari update blog sebenarnya.Rasa macam bersemangat bila ada 2 berita gembira dari google tentang Google Adsense dan Mobile Friendly.Harap-harap semangat ini akan berterusan.Inshaa ALLAH.