Foto kredit http://shakiddo.com/ |
Restoran Nasi Vanggey Ipoh di Seksyen 19, Shah Alam.Menjadi pilihan makan tengahari aku hari ini,tu pun sebab rakan setugas ajak ke situ sewaktu temujanji dengan Trainer Motivasi untuk program di Kelab Kebajikan Nurinsaniah Selangor.
Puas jugak cari Restoran Nasi Vanggey Ipoh ni,dua kali pusing baru jumpa.Ikut google maps dekat Jalan Nelayan 19/15.Bila sampai tak jumpa.Rupa-rupanya dekat belakang Shell seksyen 19 dengan D'palma Hotel.
Foto depan Restoran Nasi Vanggey Ipoh terpaksa aku cilok dari bro Shakiddo sebab aku terlupa nak snap gambar kerana nak cepat ke Petaling Jaya.Dah sampai rumah baru perasan gambar depan restoran takda.
Decorasi dalaman Restoran Nasi Vanggey Ipoh.Bagi aku Restoran ni kategori bersih sebab nampak kemas dari semua sudut.Nampak cool dan menarik.
Mungkin ini yang menjadi penarik Restoran Nasi Vanggey Ipoh ni.Ada dua periuk kuah kari yang berlainan di depan.Nak banjir pun boleh,ala-ala makan roti canai banjir.
Aku pun tak tahu apa bestnya makan kat sini sebab member yang ajak.Dia kata Restoran Nasi Vanggey Ipoh ni sangat popular di Ipoh.Tapi bila aku tengok kat Shah Alam ni macam biasa je.Takda pun ramai sangat orang.Mungkin aku sampai awal kot.Sekitar jam 11 pagi.
Sangat-sangat menyelerakan,Ayam goreng vanggey disatukan dengan kari kambing.Pehhh...terbaik.Aku memang tak boleh nampak kari kambing ataupun kambing golek.Mesti nak makan.Kalau tak nanti mesti termimpi-mimpi.
Tengok Sahabat aku ni Zamri Sadarom,Tersenyum senyum makan sebab sedap sangat ataupun sebaliknya..haha.Alhamdulillah perbincangan hari ini berjalan dengan lancar.Inshaa Allah dalam masa terdekat kami di Nurinsaniah Selangor akan mengadakan Kolaborasi dengan Kolej Komuniti dan Universiti Hospital bersama Universiti Malaya.Doakan Kami.
Okey sapa yang nak merasa makan Nasi Vanggey Ipoh boleh datang ke Seksyen 19 Shah Alam untuk merasai sendiri.Jangan terlajak macam aku yer....cari jer di belakang Shell dengan D'palma Hotel Seksyen 19 Shah Alam.Selamat menjamu selera.