Gelagat Anak sebagai penghibur.

cara mendidik anak dengan betul

Disebabkan terlalu sibuk dengan urusan dokumentasi dan perbincangan untuk mengatur program-program yang sedang dirancang untuk masa depan Kelab Kebajikan Nurinsaniah Selangor aku gagahkan diri untuk menyiapkan semuanya pada hujung minggu,sedangkan waktu itu sebenarnya adalah waktu untuk aku bersama-sama dengan keluarga sebenarnya.

Banyak kertas kerja yang perlu disiapkan,dateline semua dah hampir.Oleh sebab nak bagi supaya anak-anak tidak terpinggir ,aku bawak semua anak-anak ke pejabat.Jadi sambil-sambil buat kerja boleh tengok-tengok perangai dan gelagat mereka.

Wife aku pun join sekali baru cukup ahli.Bila bawa anak ke pejabat inilah hasilnya,Dalam diam habis semua di photostate nya.Setakat photostate tangan tu aku tak heran sangat,dengan muka-muka sekali di buat salinan.Bertuah punya anak!!!

Korang tengoklah sendiri...inilah hasil karya anak-anak aku semasa di pejabat.Kreatif tak?

kesan tapak tangan

Mulanya rasa macam nak marah,tapi disebabkan ada rakan-rakan lain aku simpan dulu perasaan marah tu dalam hati.Geram pun ada.

Tapi bila aku belek-belek balik hasil dari apa yang anak aku buat tu,memang nampak kreatif....hihihi.Cuba korang tengok betul-betul,pernah tak korang nampak orang buat salinan muka sendiri dengan menggunakan mesin photosate.Mesti tak pernahkan?

Tapak tangan tu biasa jer.Kesimpulan yang aku dapat dari kejadian tersebut,ini mungkin berlaku kerana kanak-kanak ada rasa perasaan ingin tahu.Apa yang akan terjadi bila mereka buat begitu dan begini?Bila dah dapat hasil samada perkara tu betul atau salah, mereka tak fikir pun.Apa yang penting mereka dah buat.

Ini dinamakan kreatif dan inovatif.haha..Nampaknya lepas ni aku kena study bagaimana cara mendidik anak-anak yang kreatif ataupun bagaimana cara mendidik anak-anak yang nakal.

tapak tangan kiri


Secara tak langsung boleh juga mendidik aku supaya menjadi ayah yang penyabar.Sabar itu sebahagian dari iman.

Sekianlah kisah gelagat anak di hari minggu.Baru boleh dipanggil gelagat anak sebagai penghibur.Hiburan ada dimana-mana. "Make use it"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...