Cara tunaikan cek oversea ke bank tempatan

pendapatan internet
pendapatan internet pertama

Ini merupakan kali pertama aku terima cek oversea,sebelum ni untuk kerja-kerja jawab survey company yang aku join ni mereka akan beri cek tempatan terus convert dari negara mereka.Entah kenapa secara tiba-tiba hantar cek oversea pulak.

Mula-mula dapat memang excited sebab cek dalam USD memang rasa seronok la.Walaupun  cek cuma USD50 kalau di tukar ke RM mesti dapat banyak kan .Anggaran RM200 untuk 1 cek.Aku dapat dua cek.Masing-masing bernilai Usd50 kali dua.
isi borang simpanan

Aku pilih untuk tukarkan di maybank Bukit Tinggi Klang,kebetulan keluar ke sana untuk sedikit urusan.Pengalaman pertama nak tunaikan cek oversea di bank tempatan.Sampai bank aku terus ke kaunter pertanyaan.Mereka beri dua keping borang simpanan wang.Aku pun isi macam biasa.

Ikut je arahan yang diberikan.Aku malas nak banyak sangat tanya sebab nilai cek cuma Usd50 kalau Usd 5000 semangat sikit aku.

Masa kat kaunter aku cuma tanya chargers dan berapa lama boleh clear.Itu sahaja.Chargers mereka tak tahu.Bila cek dah clear nanti baru tahu charge dia berapa.Dan cek oversea akan mengambil masa selama sebulan lebih kurang untuk settle.Mak ai lama sungguh.Anggap je la macam tak da.

Settle urusan aku pi pekena cendol dan ABC dulu kat Bandar Bukit Tinggi Klang dengan si comel ni.Memang terangkat la sebab cuaca panas.Pasal cek tu aku dah malas nak fikir.Lepas ni kalau nak buat pengeluaran point aku akan ambik voucher membeli belah.Senang sikit.Dah tentu takda charge yang bukan-bukan.


minum cendol klang

Selepas sebulan aku cek akaun maybank korang nak tau berapa yang aku dapat hasil dari cek oversea tersebut.Nilai cek USD50 sepatutnya aku akan dapat sekitar RM200 something tapi aku cuma dapat cuma RM50 sahaja.Gila kentang dia punya charge.Lebih kurang RM150 dia punya charge.Langsung tak berbaloi aku buat kerja survey tu.Memang tobat la lepas ni nak withdraw cek oversea lagi.

foreign bill credit
Charge paypal pun baru berapa sen.Haha haha hanya mampu berhaha dan berhuhu je la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...