Ady Putra pun kena Tipu - Ambil iktibar dari apa yang berlaku.

ADY PUTRA DITIPU LAGI

Siapa yang tidak kenal pelakon popular Ady Putra.Dengan gaya lelaki macho pasti ramai gadis yang terpesona dengan ketampanan beliau.Tengah hangat sekarang dalam drama "Cinta Si Wedding Planner" bergandingan dengan pelakon wanita baru yang cute lagi comel "Mira Filzah'' yang juga merupakan seorang blogger,pelakon,model dan pengacara.Baru aku nak layan drama "Cinta Si Wedding Planner" dah pun habis semalam.Kecewa betul aku.


Namun siapa sangka yang Ady Putra pernah di tipu oleh seseorang sebanyak RM19,000.Namun kisah Ady Putra ditipu dah pun berlaku setahun yang lalu.Bukan nak cerita kisah Ady Putra ditipu.

Cuma nak kaitkan dengan apa yang bakal aku kongsikan tentang tips pengguna elakkan dari jadi mangsa penipuan dan mangsa jenayah siber serta isu perbankan internet yang aku rasa perlu dia ambil berat oleh kita semua.

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diambil perhatian semasa atau sebelum dan selepas membuat sesuatu urusan perbankan sama ada internet atau bukan internet.

Fungsi "MEMORY CACHE"
✔Sila pastikan anda log keluar (log-out) secara sempurna selepas selesai menggunakan perbankan internet dan padamkan "memory cache" selepas sebarang transaksi yang dilakukan.

Kemudahan Perbankan Internet
✔Jangan mudah terpedaya untuk membuka akaun perbankan internet hanya untuk membolehkan anda menerima hadiah atau hadiah warisan daripada mana-mana pihak yang tidak dikenali.Ini merupakan satu cubaan penipuan! Jika anda telah berbuat demikian,segera hubungi dan laporkan kepada pihak bank anda dan pihak polis untuk tindakan lanjut serta anda juga perlu maklumkan kepada Bank Negara Malaysia.

Penyerahan Dokumen
✔Sentiasa berwaspada sebelum sebelum menyerahkan salinan kad pengenalan atau pasport kepada pihak ketiga selain daripada institusi kewangan atau peguam-peguam yang bertindak bagi pihak anda.

Transaksi Kad Kredit 
✔Kad kredit hendaklah digunakan sebagai kemudahan membuat bayaran dan digunakan mengikut kemampuan.Selepas sebarang transaksi menggunakan kad kredit,pastikan jumlah yang dimasukkan adalah betul dan pastikan kad kredit yang dipulangkan adalah kepunyaan anda.

Transaksi Di Mesin ATM
✔Jangan membenarkan pihak ketiga melakukan transaksi di mesin ATM bagi pihak anda,walaupun orang yang dikenali seperti pasangan anda dan lain-lain.

Pendedahan Maklumat Kewangan
✔Jangan mendedahkan maklumat kewangan anda,seperti nombor akaun,nombor kad kredit,kata laluan akaun dan sebagainya kepada pihak ketiga sama ada melalui telefon,e-mel atau mana-mana pautan di laman sesawang.

Tanggungjawab Sebagai Penjamin
✔Anda perlu memahami tanggungjawab dan kewajiban anda sebagai penjamin.Sebagai penjamin,anda terikat secara undang-undang untuk membayar balik pinjaman sekiranya peminjam tidak menjelaskan pinjaman tersebut.

Baca Terma dan Syarat Perjanjian Dengan Teliti.
✔ Anda perlu membaca dan memahami terma serta syarat perjanjian  sesuatu produk,sama ada berkaitan pinjaman atau pelaburan terlebih dahulu,sebelum menandatangani sebarang dokumen yang berkaitan.

Jika sekirang anda ambil perhatian terhadap isu-isu yang diberikan diatas inshaa allah selamat dari menjadi mangsa yang seterusnya.

Ok,Jangan isu Ady Putra diperbesarkan pulak selepas ni.Sekadar berkongsi dan make fun and gimik basi pada semua.Harap tidak menyinggung mana-mana pihak.Jika ada "maafkanlah saya".

Sekian.

░░░▒█ ░█▀▀█ ▒█░░▒█ ▒█▀▄▀█ ▀█▀ ▒█▀▀▀ ▒█▀▀▀ 
░▄░▒█ ▒█▄▄█ ▒█▄▄▄█ ▒█▒█▒█ ▒█░ ▒█▀▀▀ ▒█▀▀▀ 
▒█▄▄█ ▒█░▒█ ░░▒█░░ ▒█░░▒█ ▄█▄ ▒█▄▄▄ ▒█▄▄▄ 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...