Kisah Rumah Kontena di Telok Panglima Garang

rumah kontena
Gambar ni aku ambil masa kebetulan singgah rumah member ( Fauzee) kat sebelah rumah.Tuan rumah pulak takda kat rumah,Maaf sebab ambil gambar tanpa izin.

Aku rasa pasti dah ramai yang tahu pasal kewujudan rumah kontena ni.Sebenarnya kisah rumah kontena ni kalau tak silap dah mula diperkatakan di laman sosial semenjak 2014 lagi.Rumah ni nampak macam cool sangat.

Dengan rekaan yang simple dan menarik aku rasa rumah kontena ni mampu menarik perhatian lebih ramai lagi orang diluar sana.Dengan keadaan ekonomi yang tak berapa baik ni,rumah kontena adalah satu pilihan yang bijak.

Murah,jimat dan menarik.Apa yang penting selesa.


hiasan dalaman
sumber Rumah kontena official

hiasan dalaman
sumber Rumah kontena official

Sebahagian dari hiasan dalaman yang aku perolehi dari page Rumah Kontena Official.Memang menarik kan.Sesuai untuk mereka yang sukakan kelainan.

Ikuti kisah bagaimana idea rumah kontena bermula dan semoga ia dapat menjadi sumber inspirasi kepada muda mudi diluar sana.

Diceritakan oleh pemilik rumah kontena sendiri En.Muhammad Azree - Sumber fb page Rumah Kontena Official.

9 bulan lalu saya berangan mahukan motor besar,sebab nak bergaya sedangkan saya masih menyewa.Saya baca sana-sini orang mengeluh rumah mahal.Saya termasuk dalam golongan tersebut dan memikirkan apalah nasib kita zaman sekarang,sungguh hebat cabarannya untuk hidup selesa.Kerajaan perlu lebih kuat berusaha.Tunaikan janji mereka dan kita juga mesti berusaha.

Permohonan saya untuk membeli sebuah motor diluluskan,tapi saya tidak tandangan dulu,saya perlu berfikir dengan lebih mendalam lagi,betul ke apa yang aku nak buat ni?Sebab dah ada komitmen kereta Perodua Viva sebiji.Jadinya saya buka laman web iklan percuma,saya cari apa yang boleh saya dapat dengan RM30 ribu selain motosikal yang saya idamkan.

Tanah!!Ya sebuah tanah lot di iklankan di laman web tersebut.Memikirkan kos sewa di Shah Alam sebanyak RM500 sebilik,selama 5 tahun saya akan rugi RM30 ribu.Habuk saya dapat,property tiada.Motor bukan pilihan saya akhirnya.Saya batalkan loan tersebut.

Saya nekad membeli tanah tersebut yang berkeluasan 2400 kaki persegi,bumiputera & freehold.Bukaan 80x30 kaki,Lokasi di Teluk Panglima Garang,25km dari Shah Alam,tempat saya bekerja ketika itu.

Beli tanah nak tinggal dimana?Komitmen dah bertambah ni,bukan sikit bayar bulanan pinjaman peribadi selama 5 tahun,saya pinjam RM75 ribu personal loan untuk dibayar selama 5 tahun,beserta kereta,anda boleh bayangkan bertapa sengsaranya ketika itu untuk membayar ansuran bulanan pinjaman.Tapi saya gagahkan.Komitmen sebulan kini RM1800 tak termasuk lain-lain benda nak dibeli dan dibayar.Gaji ketika itu RM3500,tolak EPF tinggallah beberapa RM sahaja.

Hasilnya,selepas saya melakar dan membuat research di internet,saya tekad untuk membina rumah dari unit kontena terpakai.Ya kontena buruk yang dibuang oleh syarikat-syarikat logistik yang tak layak naik kapal lagi.Saya belanjakan RM35 ribu lagi untuk semua urusan pembinaannya.

Sebiji kontena 20 kaki (1 TEU) saya beli dan potong,saya tambah tingkap,pintu,exhaust fan,cat antikarat luar dan dalam pasang lantai getah vinyl.Saya panggil abang saya,''Wan,tolong aku buat rumah''.''Ok dik abang tolong ko,belilah barang,upah bayar kemudian''.Lega saya mendengarnya,mak ayah saya time tubelum tahu sepenuhnya pelan saya,mereka cuma tahu saya beli tanah.Kemudian terpaksa saya ceritakan kepada mereka,mereka senyum dan setuju.Anak mereka sorang ni memang mereka tahu istimewa sikit...hehe.

Seminggu pertama,saya ratakan tanah,bersihkan semua semak samun,korek lubang untuk tangki septik,saya tempah 15 lori simen terpakai(pasir kotor) saya ratakan sebagai alas konkrit 1 kaki.Sementara menunggu kering,saya berulang dari Shah Alam ke Telok Panglima Garang untuk pastikan kontena saya siap,sebab masa adalah terhad,dan semuanya adalah kos yang tak mampu saya hadap lama-lama,sebab hari berjalan dan upah juga berjalan.

Penghujung September 2014 adalah tarikh akhir kontrak sewaan rumah saya di Spira Alam,Shah Alam,boleh dikatakan saya menjadi homeless pada ketika itu.Kontena masih belum siap!!

Arghhhhh!!!stress,mana bak tidur?Saya tekan lagi mereka supaya segerakan proses mengimpal dan cat,akhirnya pada tanggal 31 Oktober,kontena tersebut dipindahkan menggunakan sebuah lori side loader  walaupun belum siap,cat belum kering sepenuhnya,lantai vinyl belum lekat,tandas belum ada,api air?? jangan cerita.Tidur tak lena,makan tak cukup selama 2 minggu sebelum kontrak sewaan tamat.

Mujur lokasi tanah yang saya beli berhampiran dengan jiran yang benar-benar ambil berat.Acok dan isteri memberi saya sumber air selama sebulan beserta elektrik.Ayah dan mak datang naik lori dari Johor dengan membawa barang-barang peribadi saya yang lain.Hari itu adalah hari yang betul-betul menyentuh hati saya.Nak rumah sendiri sangat kan? Hah mendapat dah rumah dan rumah ni bukan sembarangan rumah dan keluarga saya sokong sepenuhnya,itu yang membuatkan saya bertambah terharu.

Tong air,kerusi,tandas duduk,wayar-wayar lama,zink,simen lebihan,papan semua ayah saya bawa naik lori.Abang saya dengan beberapa pekerja juga mula membantu,mereka memulakan dengan pembinaan tapak bilik air dan dapur.Ketika itu rumah masih 1 tingkat bahagian atas masih belum dibina.Air pun masih guna ehsan jiran,permohonan air dan elektrik saya hantar kepada Syabas dan TNB pada hari kedua.

Sebulan menunggu,akhirnya diluluskan.Bukan mudah tapi tidak mustahil.Ikut aturan dan prosedur mereka.TNB mensyaratkan pendawaian lengkap oleh individu bertauliah dan mestilah menutup box meter supaya renjatan tidak berlaku,begitu dengan sambungan pembumi.Syabas pasang meter seminggu selepas itu.Maka terputuslah pergantungan saya kepada jiran saya yang baik hati.Sepanjang sebulan saya tidur disana dengan rumah yang bertutupkan kanvas,tidur di atas lantai sorang-sorang,tiada siapa yang tahu.Yang tahu viral sahaja masuk Astro Awani dan Surat Khabar Kosmo dan lain-lain.

Panas?Memang panas pada awalnya,tapi setelah saya siapkan tingkat kedua berbumbung,suhu turun mendadak,dan saya pasangkan pendingin hawa 1.5hp untuk lebih keselesaan.Perlahan-lahan saya tambah baik rumah ni.Kawan-kawan dari jauh datang membantu,sayunya ketika itu.Saya tak tahu bagaimana nak luahkan perasaan saya,hanya Allah yang dapat membalas jasa baikmu wahai kawan-kawanku.

Duit sudah habis,rumah tak juga siap,nasib baik bonus masuk awal januari,saya gagahkan belanjakan duit tu untuk bayar upah tertunggak dan perkemas lagi keadaan didalam rumah,saya buat kebun dihalaman rumah,saya tanam sebolehnya apa yang boleh dimakan.

Ubi kayu?ada.Kiranya semua yang kontang ada ditanam di sekeliling rumah.Kacang,bendi,cili,keledek,kolam ikan pun saya buat.Orang tak nampak susah kita,tapi saya teruskan jua.Itu sahaja cara saya boleh berjimat.GST pun nak bermula,kos hidup pasti meningkat.

Kini saya sudah boleh kata selesa,saya sudah ada rumah sendiri,sempit atau nak tambah ruang?Bila-bila masa saya boleh tambah.Beli kontena lagi,tenggek atas kontena sedia ada,Kita pun kalau dah kawin,belum tentu dapat anak tiap-tiap tahun bukan?Jadi dengan ruang terhad yang ada sekarang,saya gunakan sepenuhnya,itupun ada kalanya saya tak naik ke tingkat atas dekat seminggu.Sebab semuanya ada di tingkat bawah,cepat dicapai,mudah sedia,mudah dikemas.Kawan-kawan dan jiran tetangga datang,mereka lepak dan menonton tv diruang atas.

16 orang ahli keluarga saya datang menginap,tiada masalah.Ok jer.Tapi saya tak faham dengan haters-haters diluar sana.Mereka mengkritik keras apa yang saya bina.Ini rumah saya.Saya tidak minta sesiapa,yang susah saya dan yang senang pun saya.Rumah kecil bagi saya is a place to live big.Big house bukan idaman saya.Anda diluar sana,kalau terdetik nak memiliki rumah,belilah kalau mampu,Sewalah jika perlu.Rumah RM250 ribu besar itu sahaja.lama-lama buruk juga.Nak modify dah reput,komtena ,anytime saya boleh upgrade,silap haribulan 10 tingkat saya buat,saya sewakan 8 tingkat untuk haters-haters diluar sana.Untuk bergaya biar kena pada cara.

Jika diikutkan,saya tidak akan membeli rumah dengan hutang selama 30 tahun,bersesak berebut parking atau duduk di apartment yang rata-rata pentingkan diri dan masalah sampah,lift saban hari.Biarlah saya susah bayar sekarang.Senang kemudian.Saya masih bujang dan masih muda,bagi saya masih banyak boleh saya lakukan ketika sihat dan tidak mengapa hidup susah ketika ini.Saya ada semua yang saya impikan dan saya akan teruskan sebuah lagi impian,mengubah MPV yang baru beli kepada Karavan.Rezeki juga amat misteri,akhirnya saya mampu mendapatkan sebuah motosikal saya idamkan selepas 7 bulan rumah di bina.

Pada anda diluar sana,saya bukanlah orang kaya mana.Anak Felda je.Mak ayah saya dulu buat rumah sendiri juga.Kalau mereka boleh,kenapa tidak kita?Saya pun bekerja,sibuk juga,boleh sahaja uruskan masa untuk menyiapkan semuanya.Untuk tambahan,saya juga ada menceburkan diri dalam pelbagai perniagaan,saya buat Freelance Web Designing sebagai income tambahan,saya juga bela ayam kampung dengan kawan-kawan,saya tanam pokok stevia dan lain-lain asalkan halal jadi duit.Anda patut mencuba,seronok,ternyata amat berbaloi mencubanya.Siapa yang kita nak salahkan kalau duit tak cukup?Kerajaan atau kita sendiri yang malas nak berusaha?

Saya Muhamad Azree Abd Rahim,berumur 26 tahun dan ini kiasah saya yang baru ingin bermula.....
In Life,You need either strong courage or good family anda friends or simply just having them all.

Fakta Rumah Kontena
Tanah: RM35,000
Keluasan: 80 x 30 kaki = 2400 kaki persegi
Pembinaan rumah kontena dan tingkap tambahan serta lain-lain kos tersembunyi : RM50,000

Jumlah RM85,000
Pinjaman peribadi 5 tahun : RM75,000
RM10,000 dari duit bonus bekerja
Kelengkapan rumah : Alhamdulillah semua ada,Aircond,astro dan internet.

Untuk melihat lagi gambar-gambar pembinaan dari awal rumah kontena sila singgah ke galeri Muhamad Azree Disini 

Harap selepas membaca kisah rumah kontena di atas ia dapat menjadi sumber inspirasi buat korang.Kesimpulan dari kisah yang Muhamad Azree kongsikan adalah tak perlu nak hidup mewah jika tak mampu.Hidup berdasarkan apa yang kita mampu.Ukur baju dibadan sendiri.Asalkan hati senang.

Buat apa kalau hidup mewah tapi hutang keliling pinggang,tidur malam pun tak lena dibuatnya.Aku rasa satu hari nanti rumah kontena akan menjadi satu pilihan kepada mereka yang inginkan penjimatan dalam kehidupan yang serba mencabar sekarang ni....tungguuuuuu....... Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...