Tips untuk menceriakan pagi anda.

senang bangun pagi

Waktu pagi adalah waktu paling penting bagi semua orang.Kalau mood di waktu pagi baik,sudah pastinya aku bagi jaminan,satu hari akan terus ceria dan baik-baik saja.Betul ke tak?Sebab ini pengalaman aku sendiri,Andaikata waktu pagi tu kita dah mula bad mood...habis jahanam la haritu..memang banyak benda yang tak jadi.Jadi oleh sebab tu aku nak kongsikan kat sini tips  bagaimana nak dapatkan mood yang baik di waktu pagi.Mana tau ia dapat membantu korang kan.Antaranya adalah:-

1.Tidur Awal - Seperti kebiasaan dikalangan kita sama ada pelajar atau golongan pekerja kadang-kadang masuk tidur lewat dan bangun awal.So,bila bangun pagi badan mesti masih penat lagi sebab tak dapat rehat yang cukup.Macamana nak produktif jalau rehat pun tak cukupkan.Jadi mulai saat ini cuba tidur lebih awal.Pastinya korang akan lebih bertenaga dan lebih positif nanti.

2.Jangan gelapkan bilik - Apa maksud jangan gelapkan bilik,aku tau korang mesti suka tidur dalam bilik yang gelapkan,jadi untuk bangun awal lepas ni pastikan langsir dibuka supaya cahaya pagi dapat menembusi bilik korang.Jadi senang sikit nak bangun pagi.Cuba buat dulu.

3.Samarkan cahaya lampu - Bila masuk waktu lepas pukul 9 cuba samarkan lampu bilik korang,bunyi tv dan radio pun perlahankan,buat satu suasana yang suram.Salah satu tujuan buat macamni agar kita boleh tidur awal,Bila suasana agak suram sudah pastinya mata pun mengantuk kan.Elakkan dari minum minuman yang berkafein di waktu malam kerana ia akan menggangu tidur kita.

4.Buat sedikit senaman - buat sedikit senaman ringkas diwaktu pagi sekurang-kurang 5 hingga sepuluh minit.Sedikit senaman diwaktu pagi dapat mengawal berat badan dan dapat mengembalikan mood.

5.Jangan lupa sarapan - Ini adalah salah satu perkara yang sering dipandang ringan.Sarapan merupakan satu perkara paling penting diwaktu pagi kerana ia dapat memberikan kita tenaga dan merangsang otak supaya mood ok.Ambil sarapan yang ringan-ringan sahaja yang penting berkhasiat.Cuba elakkan dari minum kopi dan coklat bar.

6.Basuh rambut pada waktu petang - Kalau korang basuh rambut diwaktu pagi sudah pastinya keadaan akan jadi padat.Sebab boleh jimatkan masa untuk keringkan rambut tu.Tapi kalau nak mandi wajib memang kena buat juga kan....so,abaikan tips ni jika dalam keadaan junub..hehe...

7.Hargai diri sendiri - Macamana nak buat,senang je pun,Kalau korang boleh bangun tidur sebelum alarm berbunyi,Cuba buat sedikit aktiviti seperti membaca buku,Al-quran ataupun tengok tv .Buat sepuluh minit pun dah ok,Pasti korang akan dapat merasai pagi yang indah.

Harap-harap tips ni berguna untuk korang yer..penat fikir ni tau....kalau ada pertambahan boleh share kat ruang komen.Boleh yang lain dapat manfaat bersama......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...