Birthday Girls and Boy

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.Pada ahad yang lepas atas cadangan isteri ,dia nak buat sedikit  jamuan ringan sempena ulangtahun kelahiran yang ke dua anak perempuan kami.Aku cuma jemput ahli keluarga yang terdekat je,sebab bukan grand sangat pun.Cuma buat kecil-kecilan dan perancangan disaat akhir.Jadi makan lah apa yang ada....Disebabkan anak yang pertama dan kedua kami tak buat apa-apa, jadi kami sekalikan terus sambutan tu.

Birthday Girls and Boy

Anak yang pertama Muhammad Arief Heykal berusia 9 tahun lahir pada 10 Feb 2005.
Anak yang kedua Nor Adriana Hanis berusia 6 tahun,lahir pada 20 Januarai 2008.
Dan yang ke tiga Nur Alwanie Hananie berusia 2 tahun,dilahirkan pada 30 Mac 2012.

Kalau korang perasan ketiga-tiga anak aku mempunyai satu susunan tarikh lahir yang unik,perkara ni aku perasan semasa buat pendaftaran sijil kelahiran anak yang ketiga.Cuba tengok kat tarikh lahir mereka.anak pertama lahir 10hb anak kedua 20hb dan yang ketiga lahir 30hb.Alhamdulillah semua nya atas kehendak Allah,dan ia merupakan satu hadiah yang terindah buat aku dan isteri.Kalau korang nak tau masa isteri aku mengandungkan anak yang ketiga tu,dua atau tiga kali aku pergi hospital sebab ingatkan dah nak bersalin,sebab sebenarnya dah terlepas due date.setiap kali sampai hospital,doktor kata ok lagi dan boleh balik.Rupanya perancangan Allah tu lebih utama.Dia nak keluar pada tarikh 30 mac 2012 tepat jam 1130 malam.Menghampiri 12 malam 31 mac.
Aku berharap agar mereka bertiga akan menjadi anak soleh dan solehah dimasa depan.Inshaa Allah.

Birthday Girls and Boy

Lebih kurang pukul 1030 malam dah selesai.Acara yang simple dan santai.Terima kasih kepada ahli keluarga yang hadir dan memeriahkan suasana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...