10 Taman Negara Tercantik Di Dunia.

Tanpa sedar hampir 6 hari aku tak update blog rupanya.Bila tahap kemalasan dah mula menguasai diri inilah jadinya.Oklah sebenarnya dah lama aku nak update pasal taman negara tercantik didunia ni..Mula-mula aku tengok dah rasa teruja dengan foto-foto yang terdapat kat internet ni.Kalaulah dapat aku ke taman-taman negara ni kan best.
Berikut antara 10 Taman Negara Tercantik Didunia yang aku rasa memang terbaik sekali untuk dikunjungi.Jom kita terjah dulu.

Taman Negara Snowdonia

1-Taman Negara Snowdonia - Ia terletak di Negara United Kingdom.Taman Negara ni berada di kawasan pergunungan.Tengok gambar di atas sangat-sangat mempersonakan.Kalau korang seorang pejalan kaki ,Taman Negara Snowdonia memang tempat yang sesuai untuk korang kerana keluasannya seluas 827 batu persegi.Suasana disini agak nyaman kerana terdapat tasik  dan sungai serta pelbagai jenis pokok dan dilitupi dengan kawasan batuan yang berbatu ia bakal menjadikan saat-saat yang menarik untuk dikongsikan jika korang seorang jurugambar.Terdapat juga bangunan-bangunan lama dan istana yang sudah tidak digunakan lagi.Jumlah penduduk disini sekitar 26 ribu orang.

Grand Canyon,United States

2-Grand Canyon,United States - Ia merupakan salah satu dari kejaiban semulajadi dunia dan ia telah dinamakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.Keluasannya seluas 1.2 juta ekar.Sangat luaskan.Memang the bom kalau dapat sampai kat sini.Apa yang menariknya di Grand Canyon ia terdapat kira-kira 1,737 spesis terkenal tumbuhan vaskular,195 spesis liken,167 spesis kulat dan 64 spesis lumut.Hampir setiap tahun berduyun-duyun pelancong datang kesini.

Taman Negara Kruger,Afrika Selatan

3-Taman Negara Kruger,Afrika Selatan - Taman Negara ini adalah yang terbesar didunia.Keluasannya seluas berjuta-juta ekar.Disini terdapat banyak gajah,Zirafah,Badak sumbu dan lain-lain lagi.Disini hampir tiada pembangunan yang dilakukan.Cuma terdapat beberapa tempat untuk pelancong menginap antaranya terdapat 21 kem rehat,2 kensesi persinggahan persendirian dan 15 persinggahan safari yang telah ditetapkan oleh pihak Taman Negara.

Deosai,Pakistan

4-Deosai,Pakistan - Taman Gegara ini terkenal dengan bunga-bungaan yang menakjubkan,setiap kali musim bunga terdapat beribu-ribu jenis bunga mekar seperti permaidani hampir diseluruh kawasan taman.

Taman Negara Kakadu,Australia

5-Taman Negara Kakadu,Australia - Kerajaan Australia dan rakyat orang asli bekerjasama untuk menguruskan Taman Negara Kakadu. Ia adalah laman Warisan Dunia dan pemandangan yang menakjubkan menarik pelancong sepanjang tahun. Salah satu daya tarikan yang paling menarik ialah seni batu Orang Asli yang boleh didapati di kawasan itu. Ia juga merupakan rumah kepada pelbagai haiwan, termasuk buaya air masin. Flora Taman Negara Kakadu adalah antara yang paling kaya di utara Australia dengan lebih daripada 1700 spesis tumbuhan, yang merupakan hasil daripada bentuk muka bumi, geologi dan habitat kepelbagaian taman.

Hortobagy,Hungary

6-Hortobagy,Hungary - Ia adalah Taman Negara pertama di Hungary,mula dibina pada tahun 1973,Pada tahun 1999, taman ini telah dipilih sebagai laman Warisan Dunia. Hortobagy kaya dengan cerita rakyat yang unik dan sejarah budaya yang menarik. Ia merupakan satu tempat perlindungan rasmi untuk kuda liar dan tempat berlindung kepada beberapa spesis burung terancam. Taman ini terdapat lebih 342 spesis burung dan adalah syurga  burung, dan banyak juga unggas air yang berhijrah kesini.

Plitvice Lakes,Crotia

7-Plitvice Lakes,Crotia - Taman ini berada dikawasan pedalaman di Croatia.Ia adalah kawasan kawasan pergunungan sesuai untuk pejalan kaki dan terdapat  beberapa tasik dan sungai. Perkara  unik   di taman ini adalah  sebahagian besar tasik dan sungai mengandungi travertine.Airnya sangat jernih dan ia jarang ditemui di alam semula jadi, dan ia menampakkan  warna biru-hijau yang sangat terang sekali.

Madain Saley,Saudi Arabia

8-Madain Saley,Saudi Arabia - Satu-satunya taman negara yang dilitupi padang pasir dan batu,Dikawasan ini terdapat satu kawasan tanah perkuburan purba dianggarkan terdapat lebih kurang 125 makam.Lain-lain tentang taman ini terdapat pelbagai jenis batu oasis yang unik.Bagi mereka yang menggemari dengan batu-batuan boleh datang kesini .

Sagarmatha National Park, Nepal

9-Taman Negara Sagarmatha,Nepal - Gunung Everest terdapat dikawasan ini.Bagi aku lokasi Taman ini sangat sesuai bagi mereka yang sukakan cabaran untuk pendakian.Suhu nya agak sejuk dikawasan ini.

Iguazu National Park, Argentina and Brazil

10-Taman Negara Iguazu,Terletak antara Argentina dan Brazil - Disini terdapat beratus-ratus air terjun dan pemandangan disini memang sangat menarik,saujana mata memandang.Sangat indah.Korang boleh naik bot kalau nak tengok secara lebih dekat air terjun Iguazu ni.Teringin nak kesini satu hari nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...