Nestle@Ais Krim Goreng memang sedap.

Nestle@Ais Krim Goreng

Dah lama sebenarnya aku cari ais krim goreng keluaran Nestle ni.Aku cari kat Giant dengan Tesco semua takda,Last-last semalam masa beli barang kat 99 Speedmart anak aku Arief Heykal panggil aku..”ayah,ni ada ais krim goreng”.Aku terus ambik satu.Ada dua perisa kat situ,perisa vanilla dengan perisa coklat.Aku prefer perisa vanila.Harga RM 9.50 sekotak.Ada 6 pcs.Jatuh RM1.58 sen 1 pcs.Cukup-cukup untuk aku sekeluarga.Nak beli lebih takut tak sedap.So sebab nak rasa test satu dulu.
Balik rumah anak aku terus nak goreng,aku cakap kena masukkan peti sejuk dulu sebab ais krim dah cair.kita bekukan ais krim dia dulu.Selepas 1 jam operasi pun bermula.


Nestle@Ais Krim Goreng

Cara nak hidangkan mudah je.Semudah abc.Buka kotak,buka plastic,panaskan minyak dan goreng selama 8 saat lebih kurang.Jangan terlebih goreng,nanti ais krim kat dalam cair jadi tak sedap nak makan.Bak kata pepatah budak-budak “takda feel nak makan”.

Nestle@Ais Krim Goreng
Buka Plastik
Nestle@Ais Krim Goreng
Keluarkan ais krim
Nestle@Ais Krim Goreng
Panaskan minyak dan goreng
Nestle@Ais Krim Goreng
Sedia untuk dimakan

Nestle@Ais Krim Goreng
Nestle@Ais Krim Goreng
Nestle@Ais Krim Goreng

Memang sedap berkrim,panas rangup di luar,sejuk berkrim didalam.Lepas ni boleh repeat lagi.Korang dah cuba belum.Kalau belum kena cuba.Aku pun lepas tiga bulan cari sambil lewa akhirnya dapat gak.Mungkin sebab terlalu laris tu yang susah nak jumpa kot.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...