HyppTV Melancarkan Saluran Filem Melayu Pertama Di Malaysia

Pada 26 Mac 2014 yang lepas HyppTV secara rasminya telah melancarkan saluran khusus untuk filem MELAYU pertama seumpamanya di Malaysia khas buat penonton di Malaysia dalam satu majlis yang diadakan di Menara TM.

HyppTV Melancarkan Saluran Filem Melayu Pertama Di Malaysia

 Saluran terbaru tersebut,Dunia Sinema(HyppTV saluran 814) kini boleh dinikmati susulan kerjasama yang terjalin antara TM dan Metrowealth International Group (MIG) yang menawarkan kepada pelanggan UniFi serta pelanggan-pelanggan pakej Streamyx 4Mbps dan 8Mbps filem-filem blockbuster tempatan terbaik daripada MIG.


HyppTV Melancarkan Saluran Filem Melayu Pertama Di Malaysia

Saluran baru itu telah dilancarkan oleh Jeremy Kung,Naib Presiden Eksekutif,New Media,TM.Bersama-sama Mejar (K) David Teo,Ketua Pegawai Eksekutif MIG.

HyppTV Melancarkan Saluran Filem Melayu Pertama Di Malaysia

Suasana majlis pelancaran tersebut dihangatkan lagi dengan kemunculan barisan artis terkenal dan artis baru dibawah naungan MIG seperti Farid Kamil,Shaheizy Sam,Diana Danielle,Eizlan Yusuf dan ramai lagi dimana pelanggan HyppTV dan hadirin amat gembira kerana berpeluang menyertai sesi bertemu peminat.Selain itu,disediakan juga photo booth untuk merakam aksi masing-masing dan juga cabutan bertuah yang menawarkan cenderahati eksklusif.

Bagi aku ini merupakan satu keistimewaan yang diberikan kepada penerbit-penerbit filem tempatan untuk terus memajukan industry filem tanahair.Saluran Dunia Sinema 814 ini dilihat sebagai satu platform dalam member peluang kepada penonton terutamanya peminat filem melayu tempatan.Kekangan masa masyarakat dalam mendapatkan peleuang untuk menonton filem-filem yang terkini membuatkan saluran genre filem yang terkandung dalam saluran ini pastinya akan member impak kepuasan yang terbaik buat segenap lapisan penonton.

HyppTV merupakan perkhidmatan IPTV yang pernah memenangi anugerah yang dikuasakan oleh perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM,UniFi dan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps serta di HyppTV Everywhere-penawaran pelbagai skrin pertama TM,ditawarkan kepada penonton tanpa ganguan cuaca.Pada masa ini,HyppTV menawarkan kepada para pelanggannya 114 saluran yang terdiri daripada 19 saluran percuma dengan 8 saluran radio dan 49 saluran premium,dimana 30 saluran adalah dalam Definisi Tinggi(HD)-18 Genre Video on-demand(VOD) dan 20 saluran interaktif.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...