Tempat Menarik Di kemboja.

Kemboja atau lebih dikenali dengan nama Cambodia merupakan satu destinasi yang akan aku kunjungi satu hari nanti,masa dan ketika masih dalam  proses perancangan.Jadi sebelum pergi baik aku buat research dulu tentang Kemboja.Antara perkara penting yang aku nak tau adalah berkenaan tempat menarik di kemboja.Best ke tidak,dari segi keselamatan pula macamana.Tempat tinggal,Makanan dia ok atau tidak maksudnya makanan halal senang nak cari ke kat sana.Kalau semua perkara tu aku dah tau,nanti bila kat sana senang la sikit.

Berpandukan kepada mr google tempat menarik di kemboja yang pertama aku jumpa adalah Angkor Wat terletak di Siem reap.Berdasarkan sejarah Angkor Wat ni merupakan kota bersejarah di sana yang berusia ribuan tahun.Apa yang menarik di situ,pengunjung dapat melihat senibina  yang sangat menarik dan unik hasil orang zaman dahulu.AngKor Wat ni merupakan kawasan kuil hindu.Disitu terdapat berpuluh-puluh angkor dari pelbagai saiz.Dari yang kecil hingga yang besar semua ada kat situ.Difahamkan untuk masuk kesitu bayaran sebanyak usd20 dikenakan dan gambar kita akan diprint pada tiket masuk tersebut.


Tempat Menarik Di kemboja
Pemandangan kawasan Angkor Wat dari jarak jauh.Sangat menarik kan.

Tempat menarik di kemboja yang paling menyeramkan dan patut dikunjungi jika sampai ke Kemboja adalah Muzium Tuol Sleng Genocide ia merupakan bekas  sebuah yang digunakan sebagai tempat penyiksaan dan penjara masyarakat kemboja mahupun warga asing pada zaman  Rejim Khmer Rouge pada tahun 1975 hingga 1979.Dalam muzium tu nanti terdapat banyak bilik-bilik penyiksaan yang dipamerkan.Real punya,Dinasihatkan jangan berjalan berseorangan takut tak kuat semangat nanti. Muzium ini bertempat di Phnom Penh,Ibukota Kemboja.Tiket untuk masuk kesini berharga Usd2 sahaja dan jika korang bawak kamera bayaran tambahan sebanyak USD5 dikenakan.

Tempat Menarik Di kemboja
Pintu masuk Muzium

Tempat Menarik Di kemboja
koleksi tengkorak mangsa kekejaman rejim Khmer Rouge

Kampung Champ atau lebih dikenali dengan nama Kampung terapung di tasikTonle Sap juga merupakan antara tempat menarik di Kemboja yang patut dikunjungi.Tasik Tonle Sap merupakan tasik terbesar di Asia terletak di sungai Mekong.Untuk kesini jika melalui jalan darat memakan masa lebih kurang empat hingga lima jam.Disarankan naik bot untuk kesana.Kampung Champ terletak di tebing sungai Mekong kira-kira 50 km di utara Phnom Penh.Pemandangan disini sangat indah kerana dikelilingi oleh pergunungan Dang Rek,Ba Ley dan Chhuk.
Tempat Menarik Di kemboja
Perkampungan Champ 
Tempat Menarik Di kemboja
Kanak-kanak riang bermain di atas air

Aku rasa cukup tiga lokasi survey aku berkenaan tempat menarik di kemboja,dan yang pastinya untuk kesana aku akan menggunakan khidmat syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel kerana syarikat ini adalah satu-satunya syarikat pelancongan tempatan yang menawarkan perkhidmatan pelancongan dan pengangkutan ke Kemboja dengan ciri-ciri yang islamik.Jadi aku dah tak payah risau sangat dengan makan minum serta penginapan semasa berada di kemboja nanti.Kiranya takda perasaan was-was. 

Kenapa aku memilih syarikat ini ?
Sebab Cambodia Muslim Holiday & Travel merupakan salah satu pengurus pelancongan yang amat dikenali dan dipercayai di Kemboja serta Vietnam.
Ia juga menawarkan pakej-pakej yang menarik dengan harga yang sangat berpatutan.
Dan yang paling penting ia  100% dimiliki oleh saudara Islam kita di Kemboja Ustaz Yahya Al-Hafiz.
Kalau korang berminat nak gunakan perkhidmatan Syarikat ni boleh terus ke pautan Cambodia Muslim Holiday & Travel terus bercakap dengan Ustaz Yahya pun boleh.

Tempat Menarik Di kemboja
Ustaz Yahya Al-Hafiz

Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel ini dibuka khusus kepada mereka yang berbangsa melayu iaitu dari Malaysia,Indonesia,Singapore dan Brunei.Ini kerana staff-staff mereka lebih fasih berbahasa melayu dan  mereka lebih selesa jika berinteraksi dengan bahasa melayu.Jadi mudah bagi aku untuk berurusan di Kemboja nanti.In shaa Allah sampai ke sana .

Ini merupakan contest pertama yang aku join semenjak masuk dunia blogging.Menang kalah itu no 2 bagi aku,apa yang penting aku cuma nak asah bakat dari segi penulisan.Sebab aku berpegang pada satu perkataan keramat practice make perfect kalau nak mahir kena hari-hari buat perkara yang sama.Disamping menuntut ilmu dengan otai-otai blog.Jom la join sekali contest ni,Hadiah pun agak lumayan.Untung batu tenggelam,untung sabut timbul betul tak?

Habuan Lumayan RM 2000 Menanti Para Pemenang!

  • Hadiah Tempat Pertama - Wang Tunai Bernilai RM700
  • Hadiah Tempat Kedua - Wang Tunai Bernilai RM500
  • Hadiah Tempat Ketiga - Wang Tunai Bernilai RM300
  • Hadiah Saguhati 1- Wang Tunai Bernilai RM100
  • Hadiah Saguhati 2- Wang Tunai Bernilai RM100
  • Hadiah Saguhati 3- Wang Tunai Bernilai RM100
  • Hadiah Saguhati 4- Wang Tunai Bernilai RM100
  • Hadiah Saguhati 5- Wang Tunai Bernilai RM100
Menarik tak hadiah yang disediakan.

Contest Kembara Kemboja dianjurkan oleh Blog.Azri Johan dan ditaja oleh Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel. Hadiah lumayan bernilai RM 2000 bakal menjadi milik para pemenang. Anda dijemput untuk menyertai contest mudah ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...